Dua janji ‘hargai nyawa’ perlu ditepati pada 2017

HARI ini minggu terakhir tahun 2016 dan Ahad ini, bermulalah tahun baharu 2017. Disember yang masih berbaki beberapa hari lagi mengulangi nahas bas yang meragut banyak jiwa. Kali ini Sabtu, 24 Disember, seramai 14 orang menjadi korban nahas bas Alisan Golden Coach di Kilometer (KM) 137.3, Lebuh Raya Utara ­Selatan dekat Pagoh, Johor. Menyelak kembali beberapa nahas sebelum ini, Disember seolah-­olah menjadi bulan nahas bas yang mengorbankan jiwa. Cuba selak kembali tarikh 7 Disember 2008, nahas bas Super Nice Grassland meragut 10 nyawa di KM 146.5 Lebuh Raya Utara Selatan, juga berhampiran Pagoh. Pada 26 Disember 2009, juga pada hari Sabtu, bas dua tingkat Sani Express terlibat dalam nahas di KM 272.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara yang mengorbankan 10 jiwa. Tahun berikutnya, 21 Disember 2010, bas persiaran dua tingkat terbabas ketika menuruni bukit di KM15 Jalan Cameron Highlands ­ Simpang Pulai dan 27 orang maut.

Banyak lagi nahas yang meli­batkan bas yang menyebabkan korban yang ramai termasuk 37 nyawa dalam tragedi 21 Ogos 2013 di KM 3.5 Jalan Genting High­ lands ­ Kuala Lumpur. Setiap kali nahas, banyak alasan atau punca yang dikemukakan. Semuanya hampir sama. Memandu melebihi had laju, pemandu dalam keadaan mengantuk atau terlelap, brek tidak berfungsi, pemandu ada rekod kesalahan, di bawah pengaruh alkohol dan macam-­macam lagi. Pihak berkuasa pula akan meng­gantung perkhidmatan bas syari­ kat yang terlibat sehingga siasatan selesai. Rugi satu syarikat. Bak kata orang, seekor kerbau mem­bawa lumpur habis semua terpalit. Banyak kos yang terpaksa ditang­gung oleh syarikat. Begitu jugalah desakan dan cadangan dikemu­kakan bagi mengelakkan tragedi berulang. Bagi kes yang meli­batkan kemalangan pada tengah malam atau awal pagi, sering kali timbul cadangan supaya perkhid­matan atau permulaan perjalanan bas ditamatkan mulai 12 tengah malam. Ini bermakna tidak ada bas perjalanan jauh bergerak pada waktu itu. Biarlah kereta persendirian serta lori sahaja berada di jalan raya ketika itu. Bagaimanapun se­muanya itu tinggal cadangan wa­laupun pada satu ketika, ia hampir dilaksanakan. Untuk rekod, nahas terkini berlaku pada pukul 3.30 pagi, waktu kebanyakan orang su­dah lena tidur. Bagaimanapun ada yang menganggap pemandu juga boleh mengantuk pada waktu petang. Akhirnya tidak ada jalan penyelesaian berhubung isu ini dan bas akan terus memulakan perjalanan selepas tengah malam.

Begitu juga dengan peraturan mewajibkan dua orang pemandu bagi perjalanan jauh. Tidak pasti, sejauh manakah peraturan itu di­amalkan oleh pengusaha bas. Jika hanya seorang yang memandu bagi perjalanan jarak jauh, maka sukar untuk pemandu berkenaan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan berpatah balik. Harus diingat selain kead­aan bas yang baik, ‘kesihatan dan kebajikan’ pemandu menjadi fak­tor utama yang dapat menjamin keselamatan penumpang yang dibawanya. Adakah dalam ‘men­jaga kesihatan dan kebajikan’ pemandu ini, syarikat bas gagal memberi perhatian dan tidak serius untuk menanganinya? Apakah kejadian yang lalu tidak dijadikan iktibar dan dibiarkan begitu sahaja tanpa usaha serta ikhtiar untuk mengatasinya? Se­perkara lagi mengenai had laju.

Bukanlah satu rahsia melihat keghairahan bas dipandu laju pada waktu malam. Pengala­man dalam perjalanan pulang melalui lebuh raya pada lewat malam dapat dilihat keghairahan pemandu. Apakah mungkin bas berkenaan dipandu 90km sejam sedangkan ketika bas itu memo­tong, kenderaan dipandu 100km sejam? Adakah ukuran kelajuan bas dan kereta berbeza? Memang sukar untuk mendidik pemandu supaya memandu secara ber­hemah dan mengikut kelajuan yang ditetapkan lebih-­lebih lagi sekiranya berlaku kelewatan dan mengejar jumlah atau trip perjalanan pada hari berkenaan. Mungkin jika sampai lebih awal di destinasi, mereka berpeluang untuk berehat lebih lama.

Sementara dalam tempoh se­hari dua ini orang ramai, pertu­buhan bukan kerajaan dan pihak berkuasa terus bercakap menge­nai langkah-­langkah yang harus diambil bagi mengelakkan tragedi ini berulang, eloklah diselak semula janji­janji yang bakal dilak­sanakan pada tahun 2017. Adakah janji yang dibuat sepanjang tahun ini untuk dilaksanakan pada ta­hun hadapan akan dipatuhi atau menjadi kenyataan? Mungkinkah pengusaha bas masih menunggu saat­-saat terakhir? Mungkin ada pihak yang akan memohon tem­poh penangguhan dengan pelba­gai alasan termasuk ‘ugutan’.

Kepada pihak berkuasa, cukup­lah bertolak ansur dengan pihak­ pihak berkenaan yang sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja cuba mencari alasan. Laksanakan dua perkara yang dijanjikan iaitu pemasangan pelekat pemantul cahaya dan alat khas kawalan had laju bagi kenderaan perdagangan. Semua kenderaan perdagangan di seluruh negara diwajibkan me­masang pelekat pemantul cahaya pada bahagian belakang dan sisi kenderaan mulai 1 Januari 2017. Pelekat ini dijual pada harga anta­ra RM60 hingga RM80. Langkah itu sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kadar ke­malangan jalan raya membabit­kan kenderaan berat. Ketika ini banyak kenderaan berat di lebuh raya yang rosak atau ‘berehat’ di laluan kecemasan turut me­nyumbang kepada punca nahas.

Satu lagi perkara yang perlu di­tunaikan ialah janji Kementerian Pengangkutan untuk mewajibkan semua bas ekspres memasang alat khas kawalan had laju kende­raan. Pemasangan alat itu berkuatkuasa serta­ merta bagi bas baha­ru dan secara berperingkat bagi bas­bas yang sedia ada. Diharap­ kan bagi bas lama, pemasangan juga harus disegerakan. Usah di­ tunggu. Dalam banyak perkara, masyarakat kita sering bertindak pada saat­-saat akhir tetapi isu keselamatan nyawa tidak boleh kompromi atau pengecualian.

Jangan seperti hangat-­hangat tahi ayam. Suruhanjaya Pe­ ngangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kende­ raan Berkomputer (Puspakom) perlu tegas dalam melaksanakan peraturan berkaitan keselamatan dan nyawa manusia di jalan raya serta lebuh raya. Memang malang tidak berbau. Ajal maut bukan ditentukan manusia tetapi kita diminta berusaha dan berikhtiar. Banyak cadangan dibuat sebelum ini tetapi berlalu begitu sahaja. Biarkan tragedi 2016 menjadi ikti­bar untuk kita semua.

Selamat datang 2017!

UMA261216010C_3#

Related posts

Leave a Comment