Dua janji ‘hargai nyawa’ perlu ditepati pada 2017

HARI ini minggu terakhir tahun 2016 dan Ahad ini, bermulalah tahun baharu 2017. Disember yang masih berbaki beberapa hari lagi mengulangi nahas bas yang meragut banyak jiwa. Kali ini Sabtu, 24 Disember, seramai 14 orang menjadi korban nahas bas Alisan Golden Coach di Kilometer (KM) 137.3, Lebuh Raya Utara ­Selatan dekat Pagoh, Johor. Menyelak kembali beberapa nahas sebelum ini, Disember seolah-­olah menjadi bulan nahas bas yang mengorbankan jiwa. Cuba selak kembali tarikh 7 Disember 2008, nahas bas Super Nice Grassland meragut 10 nyawa di KM 146.5 Lebuh Raya Utara Selatan,…

Read More

Dua tahun lagi, jangan lupa ‘hang pi MAHA 2018’

SEKALUNG tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana berjaya menganjurkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 dengan baik. Kehadiran pengunjung mencecah hampir 4 juta orang menjangkaui sasaran awal 3 juta. Sasaran itu dicapai Sabtu lalu dan semasa majlis penutup tengah hari semalam, jumlah itu meningkat kepada 3.5 juta. Angka itu akhirnya menghampiri 4 juta, tidak termasuk mereka yang memasuki kawasan itu bukan melalui pintu rasmi. Bukan setakat pengunjung, jualan dan perjanjian jualan juga meningkat iaitu RM380 juta berbanding sasaran RM200 juta. Apakah yang mendorong sambutan…

Read More

Gendang dipalu mencari majoriti dua pertiga

PETANG Sabtu lalu, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ditinggalkan oleh perwakilan UMNO dengan pelbagai harapan, ingatan dan amanat pimpinan tertinggi khususnya Presiden parti, Najib Tun Razak. Bukan setakat perwakilan tetapi pemerhati di luar dewan – sama ada anggota parti atau di luar UMNO – sudah mendapat gambaran jelas mengenai perjuangan parti itu untuk kepentingan seluruh rakyat, bukan setakat tiga juta anggotanya sahaja. Sudah tentu, perhimpunan kali ini sarat dengan pelbagai isu khususnya persediaan UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU). Gendang perang sudah dipalu. Masa untuk turun ke…

Read More