Tidak wajar Tabung Haji diperlekeh, ibadah dipersenda

SEORANG sahabat bukan Islam bertanyakan saya sama ada sudah mengeluarkan wang di dalam Lembaga Tabung Haji (TH). Katanya ramai yang berbuat demikian kerana bimbangkan pelaburan mereka di institusi itu. Saya menjawabnya dengan menyatakan terima kasih kerana prihatin terhadap pendeposit seperti saya. Walaupun bukan Islam, nampaknya ia ‘mengambil berat’ terhadap masalah rakannya sebagai orang Islam. Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga bersuara mengenai TH ini seolah- olah satu penyelewengan besar sedang berlaku di TH. Mungkin disebabkan ia melibatkan orang ramai bukan hanya melibatkan anggota parti politik satu-satu parti. Jika sekadar penyelewengan…

Read More

Politik di Permatang Pauh ‘ganas’ dan mencabar

BARISAN Nasional (BN) gagal ‘melakar sejarah baharu’ di Permatang Pauh seperti tema manifestonya dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu minggu lepas. Kekalahan tidak dapat dielakkan walaupun suasana yang ada sekurang-kurangnya mampu me­lonjakkan BN menang atau kalah dengan majoriti kecil seperti yang berlaku pada PRU 2004. Calon BN, Pirdaus Ismail kalah kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 590 undi. Pada peringkat­ awal, BN dikatakan mempunyai sedikit peluang tetapi suram akibat ‘kekalutan’ pelbagai isu yang gagal diselesaikan dengan baik. Saya berada di Permatang Pauh untuk minggu terakhir kempen…

Read More

Melakar sejarah baharu, kurangkan beban Azizah

DIA mai lagi. Cukuplah… Kami pula. Begitulah antara dia­log atau slogan yang dapat didengar dan dibaca ketika kempen Barisan Nasional (BN) bagi mengha­dapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parli­ men Permatang Pauh. Maksud ‘dia’ merujuk kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sekali lagi menawarkan diri bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dia juga merujuk kepada PRK yang masuk kali keem­pat dalam tempoh enam tahun kebe­lakangan ini di Permatang Pauh – dua disebabkan wakil rakyat PKR meletak jawatan, kematian wakil rakyat Pas dan terkini terlucut jawatan akibat hu­kuman mahkamah. Kami pula…

Read More