Idea siapa lebih ‘wow’…BN atau pakatan PKR-Pas-DAP

DUA hari, Timbalan Perdana Menteri, Muh­yiddin Yassin memberi mesej yang sama di hadapan khalayak yang berbeza. Kelmarin, di Kota Tinggi, Johor, beliau mahu anggota UMNO melontar idea luar biasa bagi me­mastikan perjuangan parti itu terus relevan dan diterima rakyat. Semalam, di hadapan anggota Kimma, beliau juga mahu supaya mereka berfikiran jauh, mengemukakan idea dan inisiatif terbaik atau wow factor demi kesejahteraan rakyat. Lebih menarik, beliau menawarkan RM10,000 kepada ba­hagian UMNO yang berjaya memberikan idea yang mempunyai faktor ‘wow’. Jawa­tankuasa khas berkaitan juga akan dibentuk di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi. Begitulah seriusnya. Peluang terbuka un­tuk anggota parti mendapat ganjaran. Wow! RM10,000 (macam dialog saudagar unta dalam filem Tiga Abdul) apabila dia ditawar­kan harga tinggi oleh Abdul Wahub untuk membeli dua orang hamba.

Apakah idea luar biasa yang dimaksud­ kan Muhyiddin itu? Adakah seperti apa yang dilakukan oleh PKR yang melontarkan idea supaya seorang wanita dari Pulau Pinang se­bagai Menteri Besar (MB) Selangor? Kemu­dian, sekutunya DAP menyokong. Pas ter­masuk di peringkat Majlis Syura Ulama Pas menolak wanita bernama  Wan Azizah Wan Ismail. DAP pula memberi kata dua kepada Pas supaya menerima Azizah.

Pas tidak berganjak. Akhirnya semalam, Pas membuat pusingan U, setuju dengan Azizah dan menamakan seorang lagi calon tambahan, Azmin Ali. Beberapa jam kemu­dian, PKR pula membuat keputusan tetap mahukan Azizah. Mahu atau tidak, Pas terpaksa menerima Azizah sebagai MB Se­langor yang baharu. Itulah ‘idea’ pakatan dalam isu MB Selangor. Pusing sana, pusing sini, nama Azizah juga jadi pilihan pakatan PKR-Pas­-DAP.

Isu MB Selangor ini menceritakan ban­yak perkara yang tersurat dan tersirat men­genai PKR, Pas dan DAP. Memang kalut. Lihat sahaja kenyataan tiga perkara yang dikeluarkan oleh Pas. Nampak kelam ka­but, tergesa­-gesa. Seorang sahabat dalam WhatsApp kepada Selak memberitahu, cuba baca KENYATAAN MEDIA PARTI ISLAM SE-MALAYSIA yang dikeluarkan. Di situ tertulis 17 Ogos 2014 M/20 Syawal 1434 H. Kenya­taannya pula berbunyi Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankusa Kerja PAS Pusat pada hari ini bermula jam 10.10 pagi, Ahad 17 Ogos 2014 bersamaan 20 Syawal 1434 Hijrah. Sahabat itu berkata: Kalendar Islam pun tak ingat ka? sekarang dah 21 Syawal 1435 H. Saya hanya menjawab sebelum ini pun ada yang terlajak menyebut 50 Januari. Jadi kesilapan seumpama itu perkara biasa. Akhbar Selak pun pernah tersilap. Maafkanlah!

Berbalik kepada UMNO dan BN, adakah selama ini UMNO tidak mempunyai idea luar biasa? Apa sudah jadi dengan anggota parti itu? Sebenarnya, bukan tidak ada idea. Sebaliknya, seperti kata Muhyiddin, UMNO mahukan idea baharu kerana rakyat kini meletakkan jangkaan yang sangat tinggi terhadap parti dan kerajaan. Banyak yang telah dibuat oleh kerajaan namun ia dilihat seperti tidak mempunyai nilai yang besar oleh rakyat. Muhyiddin ketika merasmikan Perhimpunan Agung ke­38 Kimma di Kuala Lumpur semalam berkata: “Situasi sekarang tidak sama, kita perlu berfikir sesuatu yang lain, kita perlu bertindak dengan serius. Ada kalangan kita kena berfikir lebih, kemudian duduk sama-­sama dan berikan inisiatif ba­haru untuk dikemukakan kepada kerajaan dan parti supaya rakyat jadi teruja dengan wow factor baharu dalam Barisan Nasional (BN). Ini cabaran besar, tolong tengok ke bawah daftar pemilih, setiap anggota mesti mengundi, dengar masalah rakyat. Kita bu­kan raja walaupun ada yang namanya Raja, kita adalah ‘hamba masyarakat’, jumpa mereka tanya apa lagi yang boleh dibuat un­ tuk mereka.”

Apa yang lebih perlu diberi perhatian ialah apabila Muhyiddin turut mengingat­ kan supaya anggota parti menghindari per­asaan terlalu yakin, sombong, lupa tugas dan tanggungjawab serta pemikiran UMNO dan BN tidak mungkin kalah. Memang be­nar kata Muhyiddin. Rakyat lebih tahu. Mereka serba tahu kerana maklumat kini hanya dihujung jari. Jangan ingat UMNO dan BN tidak mungkin kalah. Beberapa pilihan raya umum (PRU) lalu membukti­ kannya. BN ada pengalaman tersungkur di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Ke­dah, Perak, Selangor serta di Wilayah Perse­kutuan Kuala Lumpur.

Adakah perkara yang sama (UMNO/BN kalah) tidak boleh berlaku di Perlis, Neg­eri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Sa­bah dan Sarawak? Dalam politik, tidak ada perkara yang mustahil. Musuh boleh menja­di kawan. Kawan pula boleh menjadi lawan. Hari ini cakap lain, esok lusa akan berkata­ kata hal yang lain. Hari ini mereka meludah ke langit terkena batang hidung sendiri, esok lusa mereka ‘jilat’ ludah itu. Orang politik akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kuasa dan yang belum berkuasa akan beru­saha mencarinya.

Bagi yang pernah berkuasa, kemudian kehilangan kuasa juga tidak ketinggalan mahu merebutnya kembali. Begitu jugalah yang baru berkuasa, walaupun sepeng­gal akan cuba mengekalkannya sepenggal lagi. Ketika ghairah untuk mengekalkan kuasa inilah, mereka ‘pijak’ kepala kawan, memburukkan rakan seperjuangan. Inilah penyakit orang berpolitik lebih-­lebih lagi bagi yang sudah lama berkuasa. Bukanlah mustahil, ketua bahagian yang tidak sebulu dengan timbalan, naib atau ketua pemuda akan takut bayang­-bayang sendiri. Mereka termasuk yang berstatus wakil rakyat ta­kut jawatan diambil orang bawah terutama orang lebih muda. Itulah kadang-­kadang menyebabkan, mereka ketandusan idea. Bagi golongan seperti ini, idea mereka hanya untuk menjatuhkan sesama sendiri, bagaimana mahu mengejar impian.

Pada masa yang sama ketika sibuk den­gan idea tidak bernas ini, banyak masa juga terbuang dengan isu­-isu yang berkaitan dengan serangan pihak tertentu termasuk media sosial yang menghina pemimpin, agama Islam dan bangsa Melayu. Jika dis­elak kembali, sejak selepas PRU lalu, entah berapa banyak laporan polis dibuat berhubung pelbagai isu yang berkaitan peng­ hinaan. Sehingga hari ini pun, masih ban­yak laporan dibuat. Sesetengahnya seperti dibuang kes. Ramai yang dah lupa.

Ketika ini dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian, isu ini masih berlegar. Ban­yak aduan, keluhan dilontarkan terhadap tahap siasatan dan pendakwaan. Sampai bila mahu merintih dan mengeluh? Kalau perbuatan menghina, mencaci dan memaki hamun ini sesuatu yang dibolehkan untuk sesuatu pihak sahaja, katakanlah. Biarlah orang bebas mencaci maki dan menghina sama ada secara terbuka, di media sosial, di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Neg­eri. Biar satu Malaya bergema dengan maki hamun dan penghinaan tanpa segan silu atau menghormati adab dan budaya.

Dalam mesyuarat perwakilan sekarang juga, masih ada yang membangkitkan isu yang tidak akan membawa ke mana­-mana. Isu lama tetapi diulang semula. Dulu, isu ini sudah diperjuangkan oleh pemimpin yang lebih hebat tetapi tidak membawa hasil. Banyak tentangan dilakukan walaupun ia sebenarnya bertujuan baik untuk rakyat terutama generasi muda.

Sekarang, muncul lagi isu yang sama dan pastinya bersambut bertali arus orang bercakap mengenainya tetapi hasilnya? Ia tidak akan ke mana dan dilupakan sehingga dike­jutkan semula. Mungkin masa untuk itu di­ anggap tidak sesuai, lebih-­lebih lagi ketika negara sedang berdepan dengan isu yang lebih besar dan mencabar.

Dalam isu sebegini, keazaman poli­tik amat diperlukan. Carilah kaedah yang sesuai untuk menangani isu berkenaan. Pada masa yang sama carilah isu lain yang lebih meyakinkan. Isu mempertahankan sesuatu kaum pun sudah tidak dapat di­ terima kerana sering dianggap rasis termasuk oleh orang Melayu yang menjangkakan kedudukan mereka hebat dalam pelbagai bidang. Isu boikot produk syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel misalnya tidak membawa kita ke mana.

Sebabnya, produk itulah yang melibat­ kan ramai pekerja Melayu Islam, produk itu juga menjadi makanan harian Melayu Islam. Adalah sikit-­sikit rugi pada hari ber­kenaan tetapi hasilnya selepas itu, siapa yang tahu? Jadi usahlah terhegeh-­hegeh dalam memperjuangkan sesuatu isu yang tidak akan membawa kita ke mana­-mana, hanya sedap didengar kemudian hilang be­gitu sahaja. Puncanya, tidak ada keazaman politik walaupun ada kuasa.

UMA180814010C#

Related posts

Leave a Comment