Perkabungan, Jalur Gemilang, Melayu

JANGAN MENGGURIS PERASAAN HARI Perkabungan Negara berjalan lancar dan berlangsung dengan baik. Inilah kali pertama hari perkabungan melibatkan orang awam. Sudah tentu banyak cabaran yang dihadapi dalam memastikan hari bersejarah itu akan diingati bukan sahaja oleh keluarga mangsa MH17 tetapi juga rakyat seluruhnya. Hari perkabungan ini memanglah sesuatu yang luar biasa kerana ia melibatkan orang awam. Usahlah dipertikaikan apa yang sudah berlaku. Macam-macam isu dibangkitkan sama ada soal warna pakaian dan acara yang disusun sebagai tanda penghormatan. Acara yang berlangsung mungkin tidak diminta oleh keluarga mangsa tetapi hakikatnya, kerajaan mahu…

Read More

Idea siapa lebih ‘wow’…BN atau pakatan PKR-Pas-DAP

DUA hari, Timbalan Perdana Menteri, Muh­yiddin Yassin memberi mesej yang sama di hadapan khalayak yang berbeza. Kelmarin, di Kota Tinggi, Johor, beliau mahu anggota UMNO melontar idea luar biasa bagi me­mastikan perjuangan parti itu terus relevan dan diterima rakyat. Semalam, di hadapan anggota Kimma, beliau juga mahu supaya mereka berfikiran jauh, mengemukakan idea dan inisiatif terbaik atau wow factor demi kesejahteraan rakyat. Lebih menarik, beliau menawarkan RM10,000 kepada ba­hagian UMNO yang berjaya memberikan idea yang mempunyai faktor ‘wow’. Jawa­tankuasa khas berkaitan juga akan dibentuk di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi.…

Read More

‘Doa Untuk Malaysia’ sempena Hari Kemerdekaan ke-57

KELMARIN, rakyat Singapura berhimpun di Marina Bay Floating Platform bagi menyaksikan acara Perbarisan Hari Kebangsaan ke-49 (NDP 2014). Tema sambutan kali ini adalah ‘Rakyat Kita, Tanah Air Kita’. Secara tidak langsung tema itu turut mengajak rakyat menghargai republik yang mereka naungi. Melalui persembahan bertemakan “Heart-beats”, NDP 2014 memberi penghormatan kepada pengasas negara yang berusaha membangunkan Singapura sehingga menjadi sebuah negara seperti yang ada sekarang. Bagi Malaysia, sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 akan berlangsung pada 31 Ogos ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tema sambutan, ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’, satu…

Read More

Bertindaklah, bukan sekadar bercakap boikot Israel

SEJAK kebelakangan ini, ramai yang bercakap mengenai boikot produk atau barangan keluaran syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Israel. Tindakan itu susulan keganasan berterusan tentera rejim Zionis di bumi Gaza, Palestin. Saban hari, ada senarai barangan yang dipaparkan melalui pelbagai media termasuk WhatsApp. Bermula dari A hingga ke Z, ada saja syarikat atau barangan yang disenarai supaya rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam memulau barangan berkenaan. Produk tersebut meliputi barangan keperluan harian termasuk makanan, minuman dan pakaian. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mengeluarkan ‘senarai mereka yang perlu diboikot’. Menjelang Hari Raya…

Read More