Idea siapa lebih ‘wow’…BN atau pakatan PKR-Pas-DAP

DUA hari, Timbalan Perdana Menteri, Muh­yiddin Yassin memberi mesej yang sama di hadapan khalayak yang berbeza. Kelmarin, di Kota Tinggi, Johor, beliau mahu anggota UMNO melontar idea luar biasa bagi me­mastikan perjuangan parti itu terus relevan dan diterima rakyat. Semalam, di hadapan anggota Kimma, beliau juga mahu supaya mereka berfikiran jauh, mengemukakan idea dan inisiatif terbaik atau wow factor demi kesejahteraan rakyat. Lebih menarik, beliau menawarkan RM10,000 kepada ba­hagian UMNO yang berjaya memberikan idea yang mempunyai faktor ‘wow’. Jawa­tankuasa khas berkaitan juga akan dibentuk di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi.…

Read More