Sandiwara apa sedang berlaku di Pulau Pinang?

SUDAH lama tidak menjenguk dan menyelak apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kali terakhir Selak menyelak isu Pulau Mutiara itu ialah pada Jun lalu. Kali terakhir saya pulang ke Permatang Pauh ialah pada Hari Raya Aidilfitri ketiga yang lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang ketika ini timbul cadangan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk ditukarkan kepada Lapangan Terbang P.Ramlee. Ketika itu sempatlah singgah di Padang Kota Lama, menikmati pasembur atau orang luar panggil rojak. Pada 16 September lalu, di Dewan Bandaran berhampiran Padang Kota Lama, berlangsung pula…

Read More

Harga gula, fatwa rokok selepas bentang Bajet 2013

GULA dan rokok – kembar yang mampu memudaratkan kesihatan terus menjadi perhatian setiap kali pembentangan bajet. Jumaat lalu, Bajet 2013 – Memakmur Negara Mensejahterakan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati sudah dibentangkan. Boleh dikatakan semua lapisan masyarakat terasa ‘tempias’ bajet. Rakyat 1Malaysia sama ada di desa atau di kota, murid sekolah hingga warga emas masing-masing mendapat habuan sama ada secara langsung atau tidak. Maka banyak reaksi yang diberi. Bagi yang gemar ‘membantah’ apa juga keputusan kerajaan, sudah tentulah ada komen bernada tidak setuju. Memang itu peranan mereka – wangi dianggap busuk dan…

Read More

Pelan kecemasan hadapi sabotaj calon pada PRU

UMNO sudah pun menetapkan 27 November sehingga 1 Disember depan sebagai tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2012. Pada masa yang sama menurut Presiden UMNO, Najib Tun Razak, pemilihan akan ditangguhkan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dilangsungkan. Malahan perhimpunan juga akan ditunda sekiranya PRU muncul menjelang perhimpunan itu. Maka ramailah yang terus membuat spekulasi mengenai tarikh PRU13. Mana satu datang dahulu? Adakah PRU datang sebelum atau selepas perhimpunan? Jika sebelum PRU, sahlah tidak akan ada pemilihan. Bila pula tarikh akhir pemilihan mesti dilangsungkan selepas diberi ruang untuk ditangguhkan sehingga 18 bulan?…

Read More

Menunaikan haji, hari mengundi, Hari Malaysia

DI SINI 930,000 MASIH MENANTI SELAMAT berangkat ke Tanah Suci Mekah kepada 28,000 bakal jemaah haji Malaysia yang akan memulakan perjalan mereka mulai hari ini. Syukur Alhamdulillah kerana anda semua diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Bakal jemaah haji ini boleh dianggap bertuah kerana mereka bernasib baik daripada lebih 930,000 orang yang masih menaruh harapan untuk ke sana. Entah bila, entah sempat atau tidak, hanya Allah yang menentukan. Kita hanya berusaha. Semoga penerbangan jemaah ke Madinah atau Mekah sehingga 19 Oktober ini berjalan lancar. Begitu juga dengan…

Read More

Elak sabotaj, elok berundur menjelang pilihan raya

SINGKIR anggota UMNO yang cuba sabotaj calon parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Itulah amaran UMNO. Tentunya parti-parti politik lain termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mempunyai pendirian yang sama. Cuma sejauh mana keupayaan atau kekuatan parti politik mahu melaksanakannya. Ada parti yang begitu ‘sayang’ dengan anggota berkenaan dan terpaksa ‘menyimpannya’ kerana pertimbangan politik tertentu. Tetapi secara keseluruhannya, mana-mana parti politik sudah tentu akan menyingkirkan anggota yang tidak setia kepada parti, lebih-lebih lagi sehingga mensabotaj calon pada PRU. Lebih malang jika tindakan sabotaj itu menyebabkan calon parti…

Read More

Kita raya dulu selepas itu pilihan raya

DALAM satu sidang akhbar di Mekah pada bulan Ramadan lalu, Perdana Menteri Najib Tun Razak ditanya mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13. Persoalan itu dilontarkan kalau-kalau Perdana Menteri sudah mendapat ilham mengenai PRU itu ketika berada di Tanah Suci Mekah untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Najib hanya ketawa mendengar soalan itu tetapi menjawab: ‘‘Kita raya dulu (Hari Raya Aidilfitri) kemudian baru pilihan raya’’. Memang betullah jawapan Perdana Menteri itu kerana menjelang tarikh pembubaran itu sudah tidak ada lagi hari raya kecuali hari raya haji atau…

Read More

Kesungguhan beribadah pada sepuluh malam terakhir Ramadan di tanah suci

SALAM dari pinggir Masjidilharam. Maksud pinggir di sini kerana kedudukan hotel media yang mengikuti Mesyuarat Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan berlangsung minggu ini hanyalah terletak kira-kira 100 meter dari Masjidilharam. Maka, sedikit sebanyak dapat dilihat dengan jelas perjalanan keluar masuk jutaan umat Islam memasuki kawasan Masjidilharam sama ada untuk melakukan umrah, tawaf atau sembahyang lima waktu dan solat sunat serta aktiviti ibadah lain. Ketika Ramadan memasuki hari-hari te-rakhir ini, semakin ramai yang memasuki kota suci Mekah dari seluruh penjuru dunia. Laporan sebelum ini menyebut, kira-kira tiga juta…

Read More

Isi hamper hampir luput… sama-sama mengaut keuntungan pada akhir Ramadan

KETIKA ini umat Islam sudah memasuki fasa kedua dalam menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Inilah fasa yang Allah janjikan maghfirahNya. Lailatul Qadar menjadi impian setiap umat Islam lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir. Tetapi adakah umat Islam menyedari kelebihan pada malam-malam terakhir ini? Di sesetengah masjid dan surau kehadiran jemaah untuk menunaikan solat tarawih dan witir masih kekal seperti malam-malam bermulanya awal Ramadan. Bagaimanapun tidak kurang juga yang jumlah kehadiran semakin berkurangan. Suasana ini sudah menjadi lumrah. Ibarat Olimpik London 2012 yang sedang berlangsung sekarang, ramai atlet yang sudah…

Read More

Bendera politik ‘tenggelamkan’ Jalur Gemilang

HARI ini genap 10 hari umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan. Syukurlah kita dapat menjalani ibadah di bumi merdeka ini dalam suasana yang penuh aman damai serta dilimpahi rezeki. Jelaslah umat Islam di negara kita lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan rakan-rakan seagama yang terpaksa berpuasa atau menjalani ibadah pada bulan yang mulia ini dengan penuh cabaran dan dugaan. Seperti diselak minggu lalu, ada umat Islam yang terpaksa berpuasa dalam suasana perang, bencana alam, tempoh berpuasa yang panjang dan sebagainya. Tetapi di negara ini, kita bebas…

Read More

Bersyukur dapat menjalani ibadah dengan sempurna pada bulan Ramadan

SALAM Ramadan kepada seluruh umat Islam terutama di Malaysia. Syukurlah kerana sekali lagi kita dapat menemui Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Semoga kita diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk melengkapkan puasa sebulan ini. Pada masa yang sama dapatlah kita menambah ibadah sepanjang Rama-dan, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga atau menghitung hari untuk menyambut Aidilfitri. Jadikan Ramadan ‘Pesta Ibadah’ bukannya ‘Pesta Makan’ atau ‘Pesta Membeli-Belah’. Sebagaimana yang kita ketahui, banyak ganjaran yang ditawarkan pada bulan Ramadan ini. Maka lakukanlah aktiviti yang menjurus kepada mendapat ganjaran pahala…

Read More