SEPERTI dijangka ada juga pemandu teksi yang menyeleweng baucar subsidi tayar yang dilancarkan semasa program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 24 Jun lalu. Ada pemandu yang bersekongkol bersama pengedar tayar untuk menukar baucar RM520 dengan wang tunai RM400. Diharapkan penyalahgunaan ini kecil. Samalah seperti laporan sebelum ini mengenai ada pelajar menyalahgunakan baucar buku. Pelajar kata buku sudah ada, lebih baik tukar dapatkan duit. Pemandu teksi pula mungkin berkata, tayar teksinya masih baru tidak perlu ditukar! Jumlah pemandu/pemilik teksi menyalahgunakan baucar tayar ini mungkin tidak ramai, sama seperti segelintir pemandu yang…
Read MoreYear: 2012
Islam terhakis andai tiada kuasa politik atau berpecah ketika berkuasa
SABTU lalu, sekali lagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan program Istighasah Al-Kubra iaitu berzikir atau berwirid memohon petunjuk dan keredaan Allah secara beramai-ramai. Majlis kelmarin berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam Selangor dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Kali pertama, acara ini berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Zikir dan wirid berlangsung di tempat terbuka. Semasa di Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu, cuaca yang panas tidak menghalang kira-kira 5,000 orang memohon keamanan dan kesejahteraan ummah. Khabarnya suasana panas…
Read MoreMandat rakyat 2008 berbaki 10 bulan, menghampiri tempoh lima tahun
TIGA, empat atau lima. Itulah angka yang turut menjadi bualan ketika ini. Adakah sesuatu pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan setelah genap lima tahun selepas sesebuah kerajaan mendapat mandat rakyat? Atau perlukah ia kekal seperti sekarang iaitu diadakan pada bila-bila masa menjelang genap lima tahun mandat yang diberikan rakyat kepada sesebuah kerajaan? Mungkin selepas tiga atau empat tahun. Isu ini tiba-tiba muncul selepas banyak ramalan atau telahan pelbagai pihak mengenai tarikh PRU Ke-13 meleset dan ramai yang ‘membuang’ masa mencongak bilakah tarikh keramat itu akan datang. Dalam keadaan tertentu, PRU…
Read MorePermulaan TR1Ma sudah baik, jangan rosakkannya
BEGITU teruja sahabat-sahabat saya yang memandu teksi untuk menghadiri program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) semalam. Apa tidaknya kerana mereka akan mendapat ‘habuan’ satu set tayar bernilai RM520. Maka apabila ditanya sehari sebelum itu: ‘‘Pak Long dan Pak Lang turun ke Bukit Jalil ka esok? (Ahad),’’. Jawab mereka: Ya, lepas Subuh! Awalnya. Maka semalam, Pak Long sudah ‘terpacak’ di Bukit Jalil pada pukul 6.20 pagi sementara Pak Lang pula membatalkan hasrat itu kerana kurang sihat. Khabarnya pemandu atau pemilik teksi dikehendaki hadir sekitar waktu itu. Mujurlah tidak semua teksi turun padang,…
Read MoreBukan kerja mudah memenuhi kehendak rakyat 1Malaysia
SEJAK seminggu lalu, rakan-rakan yang membawa teksi terutama Pak Long dan Pak Lang sibuk bercakap mengenai bantuan tayar 1Malaysia. Mereka sibuk mengisi borang untuk dihantar dengan tangan ke pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Putrajaya. Mulanya saya pun tertanya-tanya mengenai betulkah wujud bantuan seumpama itu? Tayar pun kerajaan nak bagi? Pak Long kemudiannya menunjukkan borang itu. Memang sah. Sementara Pak Lang pula memberitahu, dia telah menghebahkan perkara itu kepada rakan-rakan yang lain termasuk pemandu bukan Melayu dengan membuat salinan borang. Dia tidak mahu ‘makan seorang’. Ada yang memberinya RM1…
Read MoreKisah dari Tanjong, Alor Setar, Permatang Pauh, Kepala Batas
DISEBABKAN urusan tertentu, saya tidak sempat menyelak catatan Selak pada 28 Mei dan 4 Jun lalu. Dalam tempoh itu saya di utara. Pada Jumaat, 1 Jun, saya singgah di Georgetown menemui rakan-rakan di pejabat Utusan Melayu, Jalan Argyll. Pejabat lama yang kini diubahsuai atau lebih tepat diperelokkan. Bagaimanapun berada di dalamnya tidak banyak berubah. Di bahagian atas, masih dikekalkan lantai kayu. Khabarnya pihak berkuasa yang mahu ‘wajah’ itu kekal bagi mengekalkan bangunan ‘warisan sejarah’. Eloklah, kerana di bangunan dua tingkat itu tercatat banyak sejarah. Saya sempat bertugas di situ sejak…
Read MoreJika Putrajaya milik mereka, media bebas bagaikan burung terbang?
EKORAN tulisan minggu lalu, Siapa sebenarnya kuasai media dan menyekat kebebasan bersuara, timbul pula pertanyaan adakah media sama ada cetak atau elektronik akan ‘bebas’ seperti sekarang, lebih bebas bagaikan burung terbang atau ‘jatuh ke bumi’ jika pakatan 3P – PKR, DAP, Pas berjaya menawan Putrajaya? Satu persoalan yang sukar dijawab jika dilihat suasana hari ini terutama melibatkan ‘sekatan’ yang dibuat secara tidak langsung terhadap media terutama di Pulau Pinang. Walaupun hanya sebuah negeri dikuasai 3P atau lebih tepat DAP tetapi ia sudah cukup untuk memberi gambaran bagaimana ‘kebebasan’ yang akan…
Read MoreSiapa sebenarnya ‘kuasai media’ dan menyekat ‘kebebasan bersuara’
SLOGAN demokrasi, kebebasan media, kebebasan bersuara, ketelusan, tadbir urus yang baik (good governance) dan macam-macam lagi adalah antara slogan yang sering dilaungkan oleh parti politik. Tidak ketinggalan pakatan 3P – DAP, Pas dan PKR. Memang menarik kata-kata itu tetapi sejauh mana keupayaan untuk melaksanakannya? Berjanji dan bercakap sebelum berkuasa memang mudah kerana modalnya hanyalah air liur tetapi untuk mengotakannya setelah berkuasa bukanlah senang. Jika janji dikota pun mungkin melibatkan kroni atau suku sakatnya. Kata orang sekadar ada, bagi ‘menutup mulut’ pengkritik dan jika tidak mampu dilaksanakan, mereka akan menuding jari…
Read MoreLima prinsip Rukun Negara yang dibina bakal runtuh
JAWATANKUASA Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetus huru-hara dan kekacauan dalam negara. Adakah orang politik beragama Islam yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perhimpunan seumpama itu seperti Bersih 3.0 peduli dengan kenyataan itu? Dalam politik, perangai manusia tidak boleh dijangka. Ada yang sanggup menjilat ludah sendiri, bertindak meludah ke langit atau menepuk air di dulang. Tidak kurang juga yang membuka pekung di dada di kha-layak. Begitulah…
Read MoreSeperti biasa polis disalahkan, mereka mahu ‘cuci tangan’ sampai bersih
dikejutkan dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang yang menamakan dirinya Pemerhati yang bersyukur di bumi Allah. Memang sudah menjadi kebiasaannya akan berada di kawasan berkenaan pada awal pagi atas urusan perniagaan. Beginilah lebih kurang SMSnya. ‘‘Secebis kisah… Orang-orang (maksudnya ramai) Melayu di Dataran Merdeka (sekitarnya) seawal pagi tadi. Perasaan sedih, geram, marah dan malu melihat wanita berpurdah, golongan pertengahan yang sepatutnya menjaga cucu di rumah, lelaki berkopiah pertengahan umur yang seharusnya layak bertaslim di masjid, remaja lelaki dan perempuan yang semestinya mentelaah buku, suami yang sewajibnya berada di samping…
Read More