KETIKA mula melangkah ke tahun baru 2012, Selak menulis mengenai Tahun 2012 diisi kelegaan, kekecewaan atau kejayaan. Turut disentuh mengenai 2012 Tahun Pi-lihan Raya Umum? Semua persoalan itu sudah terjawab sebaik sahaja kita berjaya mengharungi tahun 2012 dengan kelegaan, kekecewaan dan kejayaan. Begitu juga dengan persoalan mengenai pilihan raya. Su-dah pasti, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan berlangsung pada tahun 2013 yang akan bermula esok. Cuma waktu dan ketikanya masih menjadi persoalan. Sebelum ini ada yang menjangkakan 100 hari lagi (sekitar Mac), sebelum Tahun Baru Cina yang di-sambut 10 Februari,…
Read MoreYear: 2012
Peranan, watak Melayu DAP dalam parti dan pilihan raya umum
JANGAN lupakan golongan veteran. Jangan pandang rendah kepada kuasa golongan veteran. Itulah antara penegasan Karpal Singh kepada anggota-anggota Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu supaya generasi baru tidak meminggirkan ‘orang lama’. Maka tidak hairanlah jika nama-nama seperti Lim Kit Siang dan Karpal sendiri disenaraikan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang kelmarin. Usaha menjatuhkan Karpal juga ti-dak berjaya apabila Pengerusi DAP itu menduduki di tangga ketiga undi terbanyak. Bukan mudah menundukkan Karpal dan ini bukan kali pertama usaha seumpama itu dilakukan. Bagaimanapun seorang lagi…
Read MoreJangan sekadar ‘menang sorak dan emosi’ di Dewan Merdeka
SELAMA lima hari ‘mata dan telinga’ ter-tumpu ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kini perhatian beralih pula ke setiap pelusuk bahagian dan kawasan pilihan raya di seluruh negara. Adakah jentera UMNO akan bergerak seperti yang diharapkan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lalu? Sepanjang minggu lalu, orang politik dan masyarakat seluruhnya sudah melihat dan mendengar apa yang berlaku semasa perhimpunan itu sama ada melalui media cetak, media elektronik atau media baru. Perhimpunan kali ini nampak lebih tersusun dan lebih fokus kepada memanaskan suasana pilihan raya umum (PRU).…
Read MoreMata dan telinga tertumpu pada perhimpunan UMNO di Dewan Merdeka
SAMA seperti bahang pilihan raya umum (PRU) yang semakin terasa, kehangatan Perhimpunan Agung UMNO juga sudah dapat dirasai. Kawasan di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula dikunjungi anggota-anggota UMNO pelbagai peringkat. Mereka akan berkampung di situ selama lima hari. Beberapa program menjelang perhimpunan itu juga diadakan di Dewan Merdeka sejak Sabtu lalu. Acara rasmi perhimpunan akan bermula esok dengan Majlis Taklimat Presiden pada sebelah siang dan malamnya berlangsung perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Kepada 2,674 perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, diucapkan selamat bersidang. Tumpukan…
Read MoreSama-sama kita mendoakan laluan mudah mencari damai di bumi Palestin
GENTING Gaza dilanyak lagi. Entah kali ke berapa rejim Zionis melakukan kekejaman itu. Seingat penulis, serangan terakhir ialah selama tiga minggu bermula pada akhir tahun 2008 sehingga Januari 2009. Sebanyak 1,400 penduduk Palestin menjadi korban. Jumlah itu tidak termasuk serangan ‘main-main’ (peluru lawan batu) yang berlaku tidak tentu masa yang terpaksa dihadapi penduduk Palestin dalam kehidupan seharian mereka. Selak pernah menulis mengenai serangan 2008 di bawah tajuk Hanya ‘hukuman’ Tuhan selamatkan Palestin? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Sampai bila bumi Palestin akan dihujani peluru dan bom serta bermandikan darah? Sukar…
Read MoreMasih banyak cabaran umat Islam pada 1434H
MINGGU ini ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang kerana ada ‘bonus’ cuti umum selama dua hari. Esok rakyat Malaysia bercuti sempena Hari Deepavali. Pada hari Khamis pula, kita bercuti untuk menyambut Maal Hijrah (Awal Muharam) 1434H. Ramai yang mengambil cuti panjang lebih-lebih lagi apabila sekolah mula bercuti pada Jumaat lalu. Kepada masyarakat India khususnya rakan-rakan, pembaca, pengiklan dan pengedar akhbar Utusan Malaysia, diucapkan selamat menyambut Hari Deepavali. Sekali lagi kita bersyukur kerana rakyat Malaysia pelbagai kaum dapat menyambut hari-hari perayaan mereka dalam suasana yang harmoni. Baru-baru ini, umat Islam…
Read MoreUndang-undang antilompat dan satu calon satu kerusi
KETUA Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Azhar Ibrahim sekali lagi digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang DUN, kali kedua dalam tempoh dua tahun. Penggantungan ini sudah tentulah yang terakhir bagi penggal ini jika pilihan raya umum (PRU) berlangsung dalam tempoh terdekat. Penggantungan itu mendorong Azhar untuk bertanding semula pada PRU akan datang. Sebelum ini beliau membayangkan hasrat untuk berundur setelah lima penggal di dalam dewan itu, bermula sebagai wakil rakyat biasa diikuti exco kerajaan negeri dan kini ketua pembangkang. Teruskanlah cikgu. Kalau Nik Abdul Aziz Nik Mat…
Read MoreIbadah korban dan pengorbanan
HARI ini, berakhirlah ibadah korban sempena Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha. Sejak Jumaat lalu, umat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih haiwan ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu atau kerbau. Bagi yang lebih berkemampuan dan inginkan kelainan, mereka membawa masuk unta untuk dikorbankan. Di Malaysia, lembu dan kambing menjadi pilihan. Syukurlah kerana umat Islam di negara ini dapat menjalani ibadah korban dengan sempurna, tanpa perasaan takut dan bim-bang. Semuanya ini dapat dilakukan kerana nikmat keamanan yang ada. Bayangkan jika negara dalam keadaan tidak stabil. Pada kebiasaannya, ibadah ini dilakukan secara…
Read MoreLega dengan diskaun Komuter 1Malaysia, Go-KL City
MULAI hari ini, warganegara Malaysia khususnya pengguna komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berpendapatan RM3,000 ke bawah berpeluang mendapatkan diskaun 50 peratus. Kadar diskaun melalui kad Komuter 1Malaysia itu dijangka melibatkan 300,000 pengguna untuk tempoh 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013 yang melibatkan perjalanan dari Tanjung Malim (Perak) ke Sungai Gadut (Negeri Sembilan) dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang. Tahniah dan terima kasih KTMB, tetapi kenapa hanya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Hakikatnya, komuter menjadi pengangkutan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira pendapatan. Lihatlah pelbagai jenis kereta di…
Read MoreCabaran Palanivel menjelang pilihan raya umum
PADA satu majlis di Cameron Highlands baru-baru ini, Presiden MIC, G.Palanivel berjaya mencuri perhatian ramai apabila memulakan ucapan dalam bahasa Mandarin. Ucapan itu mengejutkan lebih 200 pemimpin pertubu-han bukan kerajaan (NGO) yang hadir. Tutur katanya kemas dan lancar. Selepas 10 minit, beliau meneruskan ucapannya dalam bahasa kebangsaan. Kata Palanivel, beliau belajar bahasa Mandarin daripada seorang guru dari China selama tiga bulan. ‘‘Bukan senang nak belajar bahasa Mandarin, susah dan rumit tapi saya tidak putus asa. Kalau kita berusaha, semua pun boleh”, katanya. Begitu juga tugas dalam politik, bukan mudah tetapi…
Read More