Apabila perokok ketegar, undang-undang jadi ‘hiasan’

BANYAK ‘peristiwa’ yang akan berlaku hari ini. Dalam politik, sudah pasti isu kerajaan perpaduan yang khabarnya akan berlaku beberapa pertemuan yang diatur oleh Pas, parti yang mencetuskan idea tersebut. Difahamkan Pas akan menemui rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang yang kini agak cemas dengan isu kerajaan perpaduan. Di Dewan Rakyat pula, isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dijangka menjadi perhatian. Fokus tentulah kepada Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Sejak minggu lepas, mereka sering berbalas kecaman dan tuduhan melalui media dan ruang siber. Hari ini mereka akan…

Read More

Suasana baru bermula di Dewan Rakyat hari ini

HARI ini Dewan Rakyat mula bersidang. Mesyuarat kedua, penggal kedua, Parlimen kedua belas ini akan berlangsung sehingga 30 Jun ini. Persidangan ini adalah kali pertama selepas peralihan kepimpinan UMNO pada 26 Mac lalu. Ini juga kali pertama persidangan selepas rombakan Kabinet berikutan peralihan kuasa pada 3 April 2009. Najib Tun Razak yang sebelum ini sebagai orang No.2 kini menjadi orang No.1 mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Berikutan rombakan itu, akan berlaku perubahan tempat duduk pada persidangan kali ini yang melibatkan barisan Kabinet baru. Pak Lah…

Read More

Pengundi tidak kemaruk mengundi di Penanti

BUKAN berita mengejutkan! Seperti dijangka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam. PKR layak memenangi kerusi itu kerana telah diberi laluan mudah apabila Barisan Nasional (BN) tidak meletak calon sebagai tanda tidak bersetuju dengan cara pengosongan kerusi itu dilakukan. Dan di kalangan empat calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Penanti itu, PKR adalah satu-satunya parti politik yang bertanding sementara yang lain adalah calon Bebas. Kehadiran calon Bebas sekadar tidak mahu memberi kemenangan percuma kepada PKR. Dengan sokongan rakan-rakan seperti DAP dan Pas,…

Read More

Keazaman politik bantu kurangkan keresahan rakyat

BANYAK cerita menarik minggu ini terutama melibatkan hal politik. Pelbagai ulasan diberi sama ada melalui media cetak, elektronik dan laman blog. Sembang di coffee house juga hebat. Ada pandangan membina, sinis dan tidak kurang juga mengutuk. Inilah lumrah manusia yang sentiasa tidak berpuas hati. Maka bagi mengelakkan mana-mana pihak terasa hati, eloklah Selak hari ini lari daripada semua perkara berkaitan politik. Hasrat hati, memang nak tulis isu kerusi DUN Penanti yang kedudu kannya akan ditentukan hari ini, perihal mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan status agama anak ibu bapa…

Read More

PRK: Pengundi Penanti menanti keputusan BN

BUKAN mengejutkan apabila Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada Khamis lalu. Sehari sebelum itu apabila Lim Guan Eng gagal mengumumkan nama penyandang Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Pulau Pinang bagi menggantikan wakil rakyat Penanti itu, sudah tersebar khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa Fairus sudah meletak jawatan. Malah SMS daripada orang Penanti itu berkata: ‘‘Permatang Pauh nak raya lagi’’. Katanya, pondok Pas dan PKR dah pun bersiap sedia nak sambut pilihan raya. Seperti yang pernah ditulis pada ruangan ini tahun lalu, khabar mengenai peletakan…

Read More

Siapa? Masuk, keluar, kekal, naik pangkat

TENGAH malam ini berakhirlah kempen sembilan hari bagi tiga pilihan raya kecil ‘dua bukit satu batang’ – Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan DUN Batang Air. Esok pengundi-pengundi akan membuat pilihan masing-masing bagi menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali dua bukit atau terus kekal kepada Pas dan PKR. Begitu juga dengan Batang Air yang menjadi rebutan antara penyandang kerusi – BN dan PKR. Masing-masing sudah melakukan yang terbaik bagi memikat pengundi mereka. Macam-macam cara digunakan termasuk perang psikologi seperti yang dilakukan oleh Penasihat…

Read More

Terjemahkan ikrar setia pada pilihan raya kecil

SEJARAH berulang! Jika tahun 2000 menyaksikan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO, kini cabaran yang sama berulang. Pada tahun 2000, selepas saingan sembilan penjuru bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO, BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Kemang (10 Jun) diikuti Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit di Kedah (18 Julai). Sebelum pemilihanpada 11 Mei itu, BN juga berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil DUN Sanggang (1 April). Pemilihan UMNO pada tahun 2000 juga sengit yang menyaksikan sembilan orang bertanding merebut tiga jawatan naib presiden.…

Read More

Persembahkan semula UMNO kepada rakyat

SELEPAS beberapa kali membuat penafian mengenai kedudukan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Pulau Pinang, akhirnya Mohamad Fairus Khairuddin tampil dengan kenyataan bahawa beliau meletak jawatan mulai 8 April ini. Beliau tidak dipecat. Fairus juga meletak jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) tetapi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti. Sebenarnya ‘pengunduran’ Fairus bukanlah cerita yang menggemparkan kerana sebelum ini sudah ada tanda-tanda bahawa anak muda yang sekampung dengan penulis tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur itu tidak serasi dengan jawatannya. Portfolionya pernah bertukar. Malahan semasa berlangsung Pilihan Raya Kecil Parlimen…

Read More

Nasihat Seri Paduka bertahan empat hari

SELASA lalu, seorang anggota Parlimen mengibaratkan Dewan Rakyat seperti sebuah pekan koboi apabila anggota-anggotanya sering berbalah dan melupakan tugas sebenar mereka untuk berkhidmat kepada rakyat. Menurut Halimah Sadique (BN-Tenggara), wakil rakyat merupakan pemimpin yang diperhatikan dan patut menjadi teladan kepada rakyat, bukannya bertelingkah antara satu sama lain. “Kita lupa bahawa kita adalah pemimpin yang sedang diperhatikan, lebih banyak bertekak antara satu sama lain. Kita lupa bahawa rakyat letak kita sebagai anggota Parlimen untuk kepentingan mereka dan bukan untuk kepentingan peribadi kita. “Kita bukan hendak jadi pelakon koboi dengan adegan tembak-menembak.…

Read More

Kecelaruan dunia politik ‘dua kali lima, lima kali dua’

SEMALAM, seorang sahabat menghantar SMS bertanyakan sama ada saya sudah menonton filem komedi Sifu & Tongga. Saya menjawab ya. Itu pun atas permintaan anak- anak. Saya beritahu dia, anak-anak saya kata cerita itu tidak lawak! Kata sahabat berkenaan, bukan lawak persoalannya. Lantas dia mengingatkan saya kembali adegan Sifu dan Tongga lakonan Saiful Apek dan Nabil Raja Lawak 2 berbaring di atas jalan selepas meninggalkan gua dalam hutan belantara tempat tinggal mereka sejak zaman penjajahan Jepun. Saya memang ingat adegan itu. Mereka pura-pura pengsan bagi menarik perhatian kenderaan yang lalu lalang…

Read More