BELUM pun reda isu peralihan kuasa kerajaan negeri Perak, dua pilihan raya kecil di utara yang melibatkan Kedah dan Perak kini menjadi tumpuan. Walaupun Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac lalu belum mencecah usia setahun tetapi pelbagai kejutan politik berlaku dalam negara. Selepas berakhirnya tsunami politik pada pilihan raya umum lalu, terdapat perubahan jumlah kerusi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. Setakat ini BN kehilangan satu kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen. BN kehilangan kerusi DUN Sanglang, Perlis apabila Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kerusi DUN itu yang dimenangi…
Read MoreYear: 2009
Bayangkan Kuala Lumpur tanpa sistem rel
IBU negara masih bercuti hari ini setelah semalam warga Kuala Lumpur (KL) serta Putrajaya dan Labuan menyambut Hari Wilayah Persekutuan. Suasana di ibu kota tidaklah ‘kelam kabut’ atau ‘kalut’ seperti yang melanda politik Perak Darul Ridzuan. Mengambil sempena kedamaian sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam diharapkan juga kekalutan politik di Perak tidak akan menjejaskan sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang bermula esok. Di Kuala Lumpur, bermula Sabtu lalu menjelang Tahun Baru Cina sehinggalah semalam, warga kota boleh menarik nafas lega apabila jalan raya tidaklah seteruk pada hari-hari…
Read More‘Ikan sardin di dalam tin lebih selesa’
PADA 21 Ogos 2008, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninjau kemudahan pengangkutan awam dengan menaiki tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan sistem transit aliran ringan (LRT). Daripada situ, beliau mendapati perkhidmatan itu tidak sistematik, jadual ketibaan tidak teratur, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas. ‘‘Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu nampaknya macam tak ada sistem. Ini yang saya rasa tidak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan…
Read MoreBN selepas Mac 2008, dua pilihan raya kecil
PAKATAN pembangkang berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat apabila calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada Sabtu lalu. Dan bagi Barisan Nasional (BN), ini kekalahan kedua dalam pilihan raya kecil selepas tewas di Permatang Pauh pada Ogos 2008. Bagaimanapun, Permatang Pauh memang milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pilihan raya kecil diadakan hanya untuk memberi laluan kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim menjadi ketua pembangkang bagi mengejar impian membentuk Kerajaan Persekutuan pada 16 September lalu. Kekalahan di Kuala Terengganu bermakna BN ditolak…
Read MoreHanya ‘hukuman’ Tuhan selamatkan Palestin?
SUDAH 16 hari rakyat Palestin dilanyak oleh rejim Zionis. Tidak ada tanda-tanda rejim itu akan berundur walaupun Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi dilaksanakan segera gencatan senjata di Genting Gaza. Begitulah apabila sifat kebinatangan menguasai manusia. Rejim Yahudi dan sekutunya Amerika Syarikat (AS) tidak peka sebaliknya pekak dengan tangisan rakyat Palestin. Mereka sengaja memekakkan telinga dengan tidak mempedulikan desakan masyarakat antarabangsa supaya berundur dan menghentikan serangan. Mata mereka buta. Mereka tidak buka mata melihat paparan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Palestin terutama kanak-kanak, wanita dan orang tua. AS pula…
Read MoreBangun…Selamat pagi cikgu! Terima kasih cikgu!
HARI ini sesi persekolahan di seluruh negara bermula sepenuhnya selepas Kedah, Kelantan dan Terengganu memulakannya semalam. Riuh rendah di sekolah dengan pelbagai ragam anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan dan buat kali pertama mengucapkan ‘Selamat pagi cikgu’ atau ‘Assalamualaikum cikgu’. Semoga sesi persekolahan kali ini tidak berlaku sebarang ‘kekecohan’ seperti yang pernah dicatatkan sebelum ini. Jika diselak penggal persekolahan lalu, kecoh satu Malaya mengenai yuran atau bayaran yang membebankan. Ada yuran tambahan dan ada juga yuran tandas! Ini membebankan ibu bapa. Tetapi kali ini, segalanya diharapkan berjalan lancar lebih-lebih…
Read More