KUALA LUMPUR 5 Julai – Polis mengesan satu sindiket yang menggaji pengaturcara perisian sehingga mencecah RM12,000 sebulan untuk menghasilkan aplikasi judi dalam talian yang menyasarkan pelanggan luar negara. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata modus operandi itu dikesan dalam serbuan di dua apartmen di Jalan Tun Razak, pada 27 Jun lalu. Selain gaji mereka juga menyamar seperti syarikat biasa dengan memberikan manfaat kerja lain termasuk caruman Perkeso. Katanya , mereka merekrut individu mahir dalam sistem pengkomputeran dan akan berperanan untuk menghasilkan perisian bagi laman sesawang…
Read MoreBerita pilihan…
Sokong RUU Mufti 2024
IPOH 5 Julai – Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sudut akidahnya bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah. Menurut JMNPK, RUU itu bukti kesungguhan kerajaan memperkemas tadbir urus hal ehwal Islam, terutama pada isu takrifan ASWJ, dan wajib disokong demi menjamin kesejahteraan umat Islam negara ini. JMNPk merujuk Perkara 4 yang mentakrifkan ASWJ dari sudut akidah bersumberkan aliran al-Asya’irahal-Asya’irah dan al-Maturidiah, selain penekanan kepada Fiqh Mazhab Syafie dan meraikan tiga mazhab yang lain.…
Read MoreTerima kasih ‘SSA’
JOHOR BAHRU 5 Julai – Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada Stadium Shah Alam (SSA) yang kini dalam fasa untuk diroboohkan. Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), itu mengucapkan ‘Terima kasih SSA’, melalui laman media sosial. SSA yang dibina pada 1994 kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan. Selangor bakal mempunyai stadium baharu yang dijangka siap 2026 dan akan dikenali sebagai Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dengan fasiliti sukan yang lebih lengkap serta bertaraf dunia. (Foto FB HRH Crown Prince of…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 05.07.2024
Noh Omar sertai Bersatu
SEPANG 4 Julai – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar mengumumkan menyertai Bersatu selepas dipecat UMNO tahun lalu kerana melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15. Noh yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, beliau memohon untuk menyertai Bersatu secara dalam talian semalam dengan mengisi borang dan terus diterima. “Tiada siapa yang tahu. Kemudian saya terus dapat sijil menjadi ahli Bersatu,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan, hari ini. Beliau berkata, keputusan drastik itu dibuat selepas kecewa dan sedih dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri,…
Read MoreAnjing liar di jalanan, apa penyelesaiannya
DALAM satu hantaran di Facebook Bandar Baru Bangi Community (BHBC), Selak tertarik dengan kenyataan yang berbunyi : “Anjir (anjing) utk dijual. Sekor RM3.50. Ambil semua (4 ekor) RM10!! Lokasi Jalan 5C/5, Seksyen 5. Maknanya, ada masalah anjing liar atau anjing jalanan. Bagi Selak, ia satu gurauan tetapi serius. Nampak benar kekecewaannya berkaitan masalah anjing berkeliaran yang boleh mengancam keselamatan orang awam terutama kanak-kanak. Lihatlah komen yang pelbagai. Tidak ketinggalan, rasa kecewa netizen terhadap pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Akhirnya lahirlah kenyataan gurauan seperti di atas. Siapa lagi yang…
Read MoreSyabu macam jual pisang goreng
KUALA LUMPUR 4 Julai – Seorang penyokong kerajaan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini mendakwa dadah terutama syabu semakin mudah didapati dengan harga murah. Justeru, beliau yang bimbang dengan situasi itu, menggesa kerajaan merangka mekanisme membanteras dadah secara besar-besaran selepas bahan terlarang itu terutama syabu didakwa dijual seperti ‘pisang goreng’. Situasi itu, menyebabkan isu penagihan dadah di negara ini sukar ditangani sehingga memerlukan pindaan kepada Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Beliau antara lain mempersoalkan tindakan penguatkuasaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pihak berkuasa berkaitan dalam membanteras isu…
Read MoreMPN tidak terima dana selepas Mei 2018
KUALA LUMPUR 4 Julai – Majlis Profesor Negara (MPN) tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 23 Mei 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri. Menurut Pengurusan MPN, sejak itu MPN bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022. Dalam tempoh itu, MPN mengambil inisiatif tertentu bagi menentukan kelangsungannya selain membuat pindaan terhadap Perlembagaan selaras dengan kedudukan serta statusnya itu. MPN membuat penjelasan itu bagi merujuk Laporan Ketua Audit Negara terhadap isu salah guna dana dan isu tadbir urus oleh MPN bagi tempoh tahun 2019 hingga 2023. Menurut kenyataan melalui…
Read MoreSheikh Al-Azhar diterima menghadap Agong
KUALA LUMPUR 4 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb, yang dalam rangka lawatan khas empat hari ke Malaysia. Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara, di sini, hari ini. Pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb berlangsung selama sejam bermula pukul 10 pagi. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad…
Read More