KUALA LUMPUR 4 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb, yang dalam rangka lawatan khas empat hari ke Malaysia.
Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara, di sini, hari ini.
Pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb berlangsung selama sejam bermula pukul 10 pagi.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.
Sheikh Al-Azhar kini dalam lawatan khas ke Malaysia selama empat hari sehingga esok atas undangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, adalah detik bersejarah dalam hubungan dua hala Malaysia dan Mesir.
Nnn
