Pandu lawan arus disebabkan GPS

SEREMBAN 6 Julai – Seorang pemandu lori ‘menyalahkan’ GPS atau Sistem Penentududukan Sejagat apabila dia dikesan memandu melawan arus di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2 dekat sini semalam. Lelaki itu juga memberi alasan tidak biasa dengan jalan di kawasan berkenaan dan terpaksa merujuk GPS iaitu sistem pandu arah satelit. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian dipercayai pukul 11.39 pagi semalam sebelum satu rakaman video berdurasi 51 saat, tular bermula kira-kira 7.40 malam tadi. Video itu memaparkan sebuah lori dipandu melawan arus dan susulan itu…

Read More

Hari penentuan Sungai Bakap, PH-BN atau PN-Pas

NIBONG TEBAL 6 Julai-  Hari ini adalah hari penentuan sama ada Perikatan Nasional (PN) mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap atau sebaliknya Pakatan Harapan (PH) dengan sokongan UMNO akan merampas semula kerusi itu. Seramai 39,151 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada PRK itu hari ini susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. Dalam pertandingan satu lawan satu, PN diwakili bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail, 56, manakala bekas pengarah Institut Aminuddin…

Read More

Biden ‘tidak akan ke mana-mana’

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden  ‘tidak akan ke mana-mana’ walau didesak ramai anggota parti Demokrat supaya tidak bertanding dalam pemilihan presiden AS November ini. Penampilan calon Demokrat berusia 81 tahun itu pada 27 Jun lalu yang kelihatan goyah untuk bersaing dengan calon Republikan, Donald Trump, bermakna setiap penampilannya kini diteliti. Biden memberi alasan, ‘selesema yang sangat teruk’ menjejaskan prestasinya pada perdebatan dengan Trump minggu lalu, selain keletihan selepas dua perjalanan ke Eropah. Dalam satu wawancara bersama ABC, Biden berkata, beliau keletihan, tidak mengikuti naluri saya dari segi persediaan…

Read More

Rekod baharu MP wanita Britain

LONDON: Keputusan pilihan raya umum (PRU) United Kingdom (UK) menyaksikan rekod baharu jumlah Ahli Parlimen (MP) wanita yang akan duduk di Dewan Rakyat. Setakat 7.30 pagi (0630 GMT) semalam, seramai 261 MP wanita telah dipilih – mewakili 40 peratus daripada Dewan Rakyat – dan mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK. Bilangan MP wanita telah meningkat pada setiap enam pilihan raya lepas dan angka terbaharu melepasi rekod sebelumnya iaitu 220 MP wanita dalam pilihan raya 2019. Nancy Astor menjadi MP wanita pertama yang duduk di parlimen Britain apabila…

Read More

Negara didahulukan, parti dikemudiankan – PM Britain

LONDON: Pemimpin parti Buruh, Keir Starmer secara rasmi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) selepas pelantikannya diperkenankan Raja Britain, Raja Charles III pada Jumaat. Starmer dalam ucapan nasional sulungnya dari Downing Street, menekankan komitmen terhadap perpaduan, perkhidmatan awam dan permulaan baharu untuk negara. Dalam ucapannya, Starmer mengiktiraf perdana menteri sebelum ini, Rishi Sunak memujinya atas peranan perintisnya sebagai perdana menteri Asia Britain yang pertama, serta dedikasi dan kerja kerasnya. “Kami mengiktiraf dedikasi dan kerja keras yang dibawanya dalam kepemimpinannya,” katanya. Starmer kemudian membincangkan kemerosotan kepercayaan terhadap politik Britain,…

Read More

Tiada kuarantin, hidup bersama Covid-19

KUALA LUMPUR 5 Julai- Individu yang positif Covid-19 akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan lain dan tidak lagi diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau arahan kuarantin di rumah berkuat kuasa 15 Julai ini. Bagaimanapun mereka ini yang masih berpotensi menyebarkan jangkitan Covid-19 mengambil langkah kawalan dengan digalakkan kekal berada di rumah, memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelakkan tempat sesak Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya memaklumkan peraturan baharu itu dikuatkuasa selepas kes Covid-19 yang dilaporkan serta kes kematian menunjukkan penurunan, selain tiada varian baharu dikesan di Malaysia…

Read More

Noh: Zahid anggap biasa, Muhyiddin sambut baik

JELI 5 Julai –  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berhak menyertai mana-mana parti yang disukainya, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, ia adalah perkara biasa bagi mereka yang dipecat oleh parti dan menyertai parti lain. “Mana-mana ahli UMNO yang dipecat bebas menyertai mana-mana parti yang mereka suka. Itu pilihan mereka,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang, di sini, hari ini. Semalam,  Noh Omar yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengumumkan menyertai Bersatu selepas dipecat UMNO pada…

Read More

Rishi Sunak undur pimpin Konservatif

LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mengesahkan beliau akan berundur dari jawatan sebagai ketua Parti Konservatif selepas kekalahan kepada Parti Buruh pimpinan Sir Keir Starmer dalam pilihan raya. Dalam ucapan terakhirnya di 10 Downing Street, Sunak berkata adalah penting untuk membina semula parti itu bagi membolehkan mereka menjadi pembangkang yang berkesan. Sunak turut menyatakan penghormatan terhadap Starmer yang akan mengambil alih peranan sebagai Perdana Menteri tidak lama lagi, dan menganggap beliau sebagai individu yang prihatin akan nasib rakyat. “Saya telah memberikan segala-galanya, tetapi anda telah menghantar isyarat jelas bahawa kerajaan…

Read More