Sokong RUU Mufti 2024

IPOH 5 Julai – Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sudut akidahnya bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.

Menurut JMNPK, RUU itu bukti kesungguhan kerajaan memperkemas tadbir urus hal ehwal Islam, terutama pada isu takrifan ASWJ, dan wajib disokong demi menjamin kesejahteraan umat Islam negara ini.

JMNPk merujuk Perkara 4 yang mentakrifkan ASWJ dari sudut akidah bersumberkan aliran al-Asya’irahal-Asya’irah dan al-Maturidiah, selain penekanan kepada Fiqh Mazhab Syafie dan meraikan tiga mazhab yang lain.

“Selain itu, perkara berkaitan ilmu tasawuf melalui Imam al-Ghazali dan Imam Junaid. Maka, seluruh umat Islam khususnya, wajib memberikan sokongan kepada pelaksanaan (undang-undang) ini,” kata jabatan itu dalam hantaran di Facebook.

Nnn

Related posts

Leave a Comment