JOHOR BAHRU 5 Julai – Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada Stadium Shah Alam (SSA) yang kini dalam fasa untuk diroboohkan.
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), itu mengucapkan ‘Terima kasih SSA’, melalui laman media sosial.
SSA yang dibina pada 1994 kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Selangor bakal mempunyai stadium baharu yang dijangka siap 2026 dan akan dikenali sebagai Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dengan fasiliti sukan yang lebih lengkap serta bertaraf dunia.
(Foto FB HRH Crown Prince of Johor)
