MPN tidak terima dana selepas Mei 2018

KUALA LUMPUR 4 Julai – Majlis Profesor Negara (MPN) tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 23 Mei 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri.

Menurut Pengurusan MPN, sejak itu MPN bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.

Dalam tempoh itu, MPN mengambil inisiatif tertentu bagi menentukan kelangsungannya selain membuat pindaan terhadap Perlembagaan selaras dengan kedudukan serta statusnya itu.

MPN membuat penjelasan itu bagi merujuk Laporan Ketua Audit Negara terhadap isu  salah guna dana dan isu tadbir urus oleh MPN bagi tempoh tahun 2019 hingga 2023.

Menurut kenyataan melalui Facebook hari ini, MPN mula diterima semula beroperasi di bawah naungan kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022.

Nnn

Related posts

Leave a Comment