PAU 2026, kehadiran bukan sekadar perwakilan

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan acara utama majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka bermula pukul 3 petang. Terdahulu berlangsung Majlis Penerangan dan Majlis Aspirasi Penerangan UMNO Malaysia di Dewan Tun Dr Ismail. Pada sebelah malam pula akan berlangsung perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka yang dijangka dirasmikan oleh Timbalan Presiden Mohamad Hasan. Sementara itu di luar acara persidangan, para perwakilan dan pengunjung yang mengunjungi WTC berpeluang menikmati pameean…

Read More

Gagi menteri Singapura naik 9 peratus

SINGAPURA – Pemegang jawatan politik akan mendapat kenaikan gaji sekali sahaja sehingga sembilan peratus, dalam pelarasan pertama sejak 2011 susulan  pemerintah menerima cadangan jawatankuasa yang ditubuhkan pada Disember 2025 untuk menyemak semula gaji pemegang jawatan politik dan Ahli Parlimen. Dengan itu, ia bermakna menteri peringkat permulaan gred MR4 yang mendapat pelarasan penuh akan menyaksikan kenaikan gaji tahunannya daripada SGD$1.1 juta (RM3.5 juta) kepada SGD$1.2 juta (RM3.8 juta) apabila rangka kerja yang disemak semula berkuat kuasa mulai 15 Oktober. Perdana Menteri, Lawrence Wong, yang berucap di Parlimen semalam berkata pemerintah telah…

Read More

3 negara haramkan import dari Israel

LONDON – Tindakan yang didakwa menyokong pembersihan etnik terhadap warga Palestin mendorong, Britain, Perancis dan Kanada mengambil langkah menyekat serta mengharamkan barangan import dari kawasan penempatan haram Israel di Tebing Barat. Menteri Luar Britain, Ed Miliband, menegaskan di Parlimen,  kerajaan Britain bersetuju mengenai kewujudan tindakan pembersihan etnik di Tebing Barat yang dilancarkan oleh kelompok peneroka haram, sambil mengecam sikap berdiam diri kerajaan Israel. Menurut Miliband, paling kerap berlaku, kerajaan Israel menutup mata terhadap perkara ini dan lebih teruk lagi, terdapat ahlinya yang mengeluarkan kenyataan serta mengambil tindakan menyokong pengusiran paksa…

Read More

135,000 huffaz profesional menjelang 2050

KUALA LUMPUR 8 Sept.  – Menjelang tahun 2050, UMNO yang memperkukuh semula Dasar Tahfiz Negaramenyasarkan untuk melahirkan lebih 135,000 huffaz profesional, kata Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki Katanya, dengan mengambil aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), agenda itu diteruskan melalui kemudahan dan institusi pendidikan sedia ada, termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK). “Pendekatan tersebut membuktikan pendidikan al-Quran dan tahfiz boleh diintegrasikan dengan pendidikan arus perdana bagi melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja menguasai ilmu agama, malah cemerlang dalam bidang profesional.…

Read More

Urus perbezaan pandangan secara hikmah

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Pemikiran dan ijtihad ulama terdahulu seperti Dr Yusuf al-Qaradawi wajar dijadikan panduan dalam mendepani realiti kehidupan umat Islam pada masa kini, terutama behubung perbezaan pandangan. Pengerusi Majlis Ulama UMNO,  Dusuki Ahmad berkata, karya Dr Yusuf al-Qaradawi banyak menzahirkan ajaran Islam dalam bentuk yang asli, murni dan segar, selain penekanan terhadap pengurusan perbezaan pendapat dalam kalangan umat. “Antara perkara yang selalu disebut ialah kita bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui dan kita bertolak ansur dalam perkara yang berbeza pendapat. “Jauhkan daripada taasub kepada peribadi, mazhab dan golongan.…

Read More

Majlis Ulama UMNO diarah sedia ‘blueprint’

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Majlis Ulama UMNO Malaysia diberi mandat menyediakan satu ‘blueprint’ cadangan tindakan persefahaman yang praktikal, merangkumi penyatuan pemikiran dan berorientasikan hasil dalam tempoh 100 hari. Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia juga akan memfokus pengurusan perbezaan politik dan agenda utama ummah untuk dibentangkan dalam Majlis Perundingan Ummah, sekali gus menjadi asas kepada tindakan yang lebih tersusun dan berkesan. “Jemaah Menteri juga sudah meluluskan Majlis Perundingan Ummah ini. Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri buat kali pertama, saya mewujudkan Majlis Perundingan Islam. Sebelum itu, PM…

Read More

Kenapa PH melatah, buat laporan polis

SEPANG 7 Sept – “Kenapa tiba-tiba Pakatan Harapan (PH) melatah?,” demikian persoalan yang ditimbulkan Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari selepas kalangan pemimpin PH membuat laporan polis terhadap  Abdul Hadi Awang. Laporan polis dibuat selepas Abdul Hadi mendakwa ada usaha Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018. Menerusi hantaran di Facebooknya, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya hairan dengan reaksi itu kerana Pas tidak pernah mengaitkan PH dalam isu terbabit. Katanya, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana pertikaian kedua-dua pihak boleh diselesaikan melalui kaedah undang-undang. “Kedutaan Amerika…

Read More