China mendahului vaksinasi

CHINA mendahului negara lain di dunia dengan mendaftarkan atau menyuntik 661 juta dos vaksin.

Setakat Rabu, dunia merekodkan lebih 1.928 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik,  pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data John Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) merekodkan sebanyak 294 juta dos manakala India dengan 216 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil.

Manakala Jerman dengan 50 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 36 dan 35 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 27 juta, Filipina 5.1 juta dos, Singapura 4 juta dos dan Thailand dengan 3.6 juta dos.

Malaysia berada di kedudukan kelima antara negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 3.1 juta.

Related posts

Leave a Comment