Kadar R-naught Covid-19 turun

PUTRAJAYA 2 Jun – Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia menunjukkan penurunan 0.02. Angka itu turun ke 1.07 pada Selasa berbanding 1.09 pada hari sebelumnya.

Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 kecuali Perlis.

Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 kecuali Perlis.

Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.55.

Ini diikuti Sabah, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Putrajaya, Perak dan Kuala Lumpur.

Seterusnya Pahang, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan Johor.

Perlis satu-satunya negeri yang mencatatkan sifat kes positif.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment