Pelajar Singapura mula vaksinasi

SINGAPURA 3 Jun – Seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 31 Mei lalu, para pelajar Singapura hari ini mula mendapatkan vaksin di pusat vaksinasi yang dikhususkan untuk golongan itu.

Para pelajar dengan keutamaan kepada mereka yang mengambil peperiksaan N, O dan A tahun ini, serta para pelajar keperluan khas mula mendaftar untuk vaksinasi  sejak pendaftaran dibuka pada 1 Jun lalu.

Mengikut rekod Kementerian Pendidikan (MoE), pada hari pertama pendaftaran, lebih 26,000 pelajar mendaftar untuk menempah slot vaksin Pfizer-BioNTech itu.

Sebanyak 52,000 ibu bapa atau pelajar menerima pesanan SMS vaksinasi bagi mendaftar untuk suntikan vaksin dan lebih separuh menempah slot mereka untuk mendapatkan vaksinasi setakat 7 malam 1 Jun.

Para pelajar lain berusia 12 tahun dan ke atas, termasuk di politeknik, institut pendidikan teknikal dan universiti, akan menerima vaksinasi secara bertahap-tahap selepas itu.

Dianggarkan lebih 400,000 pelajar akan menerima manfaat ini. Sebelum ini sudah ada pelajar di sekolah-sekolah dan pusat-pusat tuisyen dijangkiti dalam penularan terbaru.

(Foto FB MoE Singapura)

Related posts

Leave a Comment