1,122,420 lengkap dua dos vaksin

PUTRAJAYA 4 Jun – Seramai 1,122,420 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, peningkatan sebanyak 7,736 orang berbanding 1,114,684 pada Selasa.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, selain itu seramai 2,208,016 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 3,330,436.

Selangor merupakan negeri yang merekodkan dos lengkap tertinggi iaitu 145,636, diikuti Sarawak (116,399), Perak (105,302), Kuala Lumpur (101,249) dan Johor (97,983).

Mengikut perancangan, fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula April lepas hingga Ogos ini akan membabitkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga akan bermula pada bulan ini hingga Februari 2022, melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran sekurang-kurangnya 13.7 juta orang.

Related posts

Leave a Comment