UK sekat kemasukan Portugal

UNITED Kingdom (UK) menarik balik kebenaran yang diberi kepada Portugal sebagai negara yang dibenarkan masuk ke negara itu berikutan peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 di negara berkenaan sejak beberapa hari lepas.

Setiausaha Pengangkutan Britain, Grant Shapps berkata, peningkatan drastik di Portugal dilaporkan kerana pertambahan kes varian baharu dan kerajaan mengambil keputusan pantas.

Katanya, walaupun ia adalah keputusan sukar untuk dilakukan tetapi akhirnya ada dua perkara yang menimbulkan kebimbangan.

“Satu adalah kadar kebolehjangkitan sehingga dua kali ganda sejak direkodkan di Portugal.

“Satu lagi adalah berkenaan mutasi yang dikenal pasti sebagai varian India yang dikesan dan kita tidak tahu potensi untuk dikawal dengan vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata UK tidak mahu mengambil risiko menjelang kelonggaran 21 Jun nanti dan fasa keempat kelonggaran.

Related posts

Leave a Comment