7,452 kes, 109 kematian

PUTRAJAYA 5 Jun – Malaysia terus merekodkan kes harian melebihi 7,000 kes dalam tempoh 24 jam dengan merekodkan 7,452 dan jumlah kumulatif kini adalah 610,574 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 7,444 merupakan kes tempatan sementara lapan lagi merupakan kes import.

Jumlah yang meninggal dunia terus merekodkan tiga digit iaitu 109 kematian.

Ia menjadikan kumulatif kes kematian ketika ini adalah sebanyak 3,291 kes.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sejumlah 85,607 kes aktif direkodkan selepas 6,105 kes sembuh dilaporkan.

Kes yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah 886 kes dengan 446 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment