R-naught Covid-19 turun

PUTRAJAYA 6 Jun – Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia pada Sabtu terus menunjukkan penurunan iaitu 1.0 berbanding 1.03 pada hari sebelumnya.

Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.

Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.37.

Ini diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.

Turut mencatat nilai R-naught melebihi satu ialah Terengganu, Putrajaya, Sarawak, Johor dan Kedah sementara Kelantan mencatat 1.0.

Perlis pula satu-satunya negeri yang mencatat R-Naught kurang daripada peratusan kebangsaan.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment