Arab Saudi catat 1,144 kes

RIYADH 5 Jun – Selepas lima hari Arab Saudi merekodkan kes jangkitan harian melebihi 1,200 kes, hari ini angka itu turun kepada 1,144 menjadikan jumlah keseluruhan 456,562 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 16 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,440 orang meninggal dunia.

Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 439,459 orang termasuk 1,253 yang dilaporkan pulih hari ini.

Sementara itu daerah Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 374 diikuti Riyadh 271, Timur 147, Asir 92 dan Madinah 71.

Related posts

Leave a Comment