Indonesia tambah 6,594 kes

JAKARTA 5 Jun – Indonesia hari ini menambah kes positif Covid-19 sebanyak 6,594 orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,850,206 dengan kes aktif bertambah sebanyak 2,200 menjadikan jumlahnya sebanyak 96,973.

Pada masa yang sama jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 1,701,784 selepas 4,241 lagi pesakit dilaporkan sembuh manakala kematian pula mencecah 51,449 berikutan 153 lagi pesakit meninggal dunia.

Lima provinsi merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jakarta 1,317 kes dan menjadikan kumulatifnya 434,116, Jawa Tengah 1,092 (kumulatifnya 204,342), Jawa Barat 993 (318,892), Riau 507 (62,617) dan Sumatera Barat 467 (45,617).

Jakarta juga menambah 828 kes sembuh dengan kumulatifnya 415,246 orang, Jawa Barat 702 (294,870), Riau 682 (55,261), Kepulauan Riau 332 (13,716) dan Sumatera Barat 276 (41,281).

Bagi kes kematian, Jawa Timur merekodkan 26 kes menjadikan jumlah kumulatifnya 11.458, Jakarta 22  (7,273), Jawa Tengah 18 (9,348), Riau 18 (1,664) dan Jawa Barat 16 (4,297).

Sementara itu, bagi program vaksinasi Covid-19 hari ini, jumlah penerimanya melebihi 17 juta atau 17.581.464 orang

Peningkatan ini berikutan tambahan penerima vaksin harian sebanyak 289,960 orang manakala yang menerima vaksinasi kedua jumlahnya meningkat kepada 11,121,469 orang.

Related posts

Leave a Comment