18 kes import di Singapura

SINGAPURA 5 Jun – Sebanyak 18 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,176 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 13 adalah jangkitan tempatan yang kesemuanya terkait dengan kes-kes lalu dan sudah dikenakan kuarantin. Berdasarkan siasatan setakat ini, kesemua kes tempatan adalah jangkitan dalam masyarakat Lima kes import pula termasuk dua warga Singapura atau Penduduk Tetap, yang kesemuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Read More

Filipina catat 6,955 kes baharu

MANILA 5 Jun – Sebanyak 195 kematian dilaporkan di Filipina hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit meninggal dunia yang dikaitkan dengan Covid-19 meningkat kepada 21,732 orang. Sehingga pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 6,955 kes baharu jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,262,273 kes. Bagi kes pesakit sembuh pula, DoH merekodkan 8,109 orang dan ini membawa kepada jumlah pulih 1,180,998 atau 93.6 peratus. Kes aktif pula sebanyak 59,543 atau 4.7 peratus.

Read More

2,817 kes baharu Thailand

BANGKOK 5 Jun – Kes jangkitan baharu dan kematian Covid-19 meningkat apabila 2,817 kes dilaporkan hari ini berbanding 2,631 semalam manakala 36 lagi pesakit meninggal dunia berbanding 31 kematian semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 174,769 sementara kes kematian pula meningkat kepada 1,213 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 2,502 melibatkan orang awam termasuk 56 kes import manakala 315 kes dikesan melalui penjara. Bangkok merekodkan 925 kes diikuti Pathum Thani (411), Samut Sakhon (293), Samut Prakan (143), Phetchabui (130), Nonthaburi (78), Trang (52), Ayutthaya (49), Chon Buri (40)…

Read More

Selangor hampiri 200,000 kes

PUTRAJAYA 5 Jun – Selangor hampir mencatatkan 200,000 kes jangkitan Covid-19 selepas angka positif baharu hari ini merekodkan 2,509 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu mencecah 199,968. Daripada 7,452 kes yang dilaporkan seluruh negara, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar diikuti Negeri Sembilan 843 kes, yang menunjukkan peningkatan berbanding 709 semalam. Beberapa negeri menunjukkan peningkatan termasuk Negeri Sembilan merekodkan 843 kes berbanding 709 semalam, Kelantan 312 (286) dan Pahang 286 (146). Negeri-negeri lain menunjukkan penurunan termasuk Kuala Lumpur 678, Sarawak 651, Johor 412 dan Pulau Pinang 370.

Read More

Victoria lapor lima kes baharu

MELBOURNE 5 Jun – Lima kes baharu dilaporkan di Victoria, naik sedikit berbanding empat kes semalam yang membawa jumlah terkumpul dalam penularan terbaru kepada 69. Kenaikan itu berlaku ketika pihak berkuasa masih mencari punca penularan varian yang mudah berjangkit itu yang dikesan dalam satu kluster baharu. Melbourne kini memasuki hujung minggu kedua perintah berkurung yang dijangka berakhir pada Khamis (10 Jun). Pihak berkuasa dikejutkan pada Jumaat (4 Jun) setelah varian Delta Covid-19 yang sangat mudah berjangkit itu dikesan buat pertama kalinya di Melbourne. Ini mencetuskan kebimbangan bahawa jumlah kes boleh…

Read More

16 juta dos lagi akan tiba

PUTRAJAYA 5 Jun – Malaysia dijangka menerima sejumlah 16 juta dos vaksin Covid-19 untuk tempoh dua bulan akan datang, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Dengan pertambahan bekalan vaksin ini, sasaran kadar vaksinasi harian akan mencecah 150,000 dan angka ini dijangka akan terus meningkat. Beliau berkata, usaha ini tidak dapat dijayakan tanpa perancangan rapi kerajaan dan pengorbanan petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang terlibat. “Daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV), pemvaksin ataupun ‘vaccinators’, doktor, jururawat, sehinggalah anggota PDRM, ATM, Rela, APM dan para sukarelawan, syabas dan terima kasih atas…

Read More

Pfizer-Biontech bagi remaja UK

LONDON: Agensi Kawal Selia Ubat-ubatan dan Kesihatan Britain meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-Biontech kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun, kata Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock. Katanya, keputusan tersebut dicapai selepas data ujian klinikal menunjukkan keberkesanan vaksin Covid-19 terhadap golongan ini. “Kita kini sudah mendapat keputusan untuk meluluskan vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas tetapi saya ingin memastikan semuanya sudah dilakukan berdasarkan keputusan klinikal untuk memastikan negara ini keluar dari pandemik dengan selamat,” katanya. Jelasnya, UK sudah memesan bekalan vaksin yang mencukupi untuk diberikan kepada golongan usia ini. Namun…

Read More

26.59 juta pulih di India

NEW DELHI 5 Jun – India merekodkan penurunan kes harian COVID-19 sehingga 63 peratus sejak ia mula mencatatkan peningkatan drastik pertengahan Mei lalu. Bagaimanapun, sekatan pergerakan terus dilaksanakan di sebahagian besar negara itu termasuk di New Delhi. Ini termasuk penutupan sektor perniagaan untuk tempoh sebulan lagi. Semalam India mencatatkan 132,364 lagi kes baharu Covid-19 dengan jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah 28,574,350. Sebelum itu , India mencatatkan 134,154 kes baharu dengan 2,887 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga, seramai 340,702 orang maut setakat ini dengan pertambahan sebanyak 2,713 lagi kematian…

Read More