29 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 14 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 29 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  30,908 orang, daripada 2.68 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, lapan daripada 29 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian yang dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 57,926 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 47,751 individu atau 82.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,263 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,504 kes dirawat di hospital dan 408 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 202 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 206 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment