Arab Saudi catat 64 kes baharu

RIYADH 13 Dis. – Arab Saudi merekodkan 64 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 51 kes yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, dua lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding satu kematian semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi adalah 550,304 dengan kematian pula 8,855 orang.

Sebanyak 77 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 539,554 orang pulih.

Sementara itu, daripada keseluruhan kes aktif, sebanyak 31 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment