Kes harian Singapura turun

SINGAPURA 13 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 339 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini, menunjukkan penurunan berbanding 370 yang direkodkan semalam.

Sebanyak 318 adalah kes baharu dalam masyarakat, enam kes di asrama pekerja asing dan 15 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada

273,701 kes.

Sebanyak empat kematian dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 798 orang.

Sementara itu, seramai 575 pesakit masih dirawat di hospital, 87 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, tiga dipantau di ICU dan 30 sakit tenat di ICU manakala 669 pesakit dibenarkan pulang.

Mengenai vaksinasi, setakat Sabtu, 96 peratus penduduk Singapura yang layak – mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Sebanyak 87 peratus sudah divaksin dua dos manakala 87 peratus juga mendapat satu dos dan 31 peratus sudah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment