97.3 % dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 14 Dis. – Sebanyak 97.3 peratus atau 22,788,835 individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Menurut data melalui laman COVIDNOW, seramai 23,102,672 individu daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 78.1 peratus atau 25,515,074 individu daripada populasi keseluruhan menerima vaksinasi lengkap manakala 79.4 peratus atau 25,929,544 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 3,787,928 individu pula telah menerima dos penggalak.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.6 peratus atau 2,726,239 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,826,872 atau 89.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 129,387 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,027 dos pertama dan 4,907 dos lengkap serta 120,390 individu menerima dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,039,657 dos.

Related posts

Leave a Comment