Kematian pertama Omicron di UK

UNITED Kingdom (UK) merekodkan kematian pertama melibatkan varian baharu Covid-19, Omicron, kata Perdana Menterinya, Boris Johnson semalam, Isnin..

Menurut beliau, sekitar 40 peratus jangkitan di ibu kotanya, London adalah disebabkan varian berkenaan sejak ia dikesan pada 27 November yang lalu.

Malangnya, sekurang-kurangnya seorang pesakit disahkan meninggal dunia akibat Omicron dan melihat virus ini semakin serius.

“Ini perkara yang perlu kita ambil kira dan kita ikuti fasa penularannya dalam kalangan populasi kita,” katanya.

Ujarnya, penularan Omicron diibaratkan seperti satu perlumbaan antara pemberian vaksin Covid-19 yang perlu dipercepatkan.

“Sejak kita mengenal pasti Omicron, strategi kita adalah untuk menangguhkan masa, untuk mengkaji dan memperkukuhkan pertahanan kesihatan kita.

Apa yang kita tahu sekarang, virus Omicron ini tersebar pada kadar yang ‘luar biasa’, sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata penyebarannya meningkat dua ke tiga kali ganda yang bermaksud negara berhadapan dengan gelombang yang besar.

“Kita sekali lagi berlumba untuk mempercepatkan pemberian vaksin,” katanya

Lebih daripada 80 peratus individu berusia 12 tahun telah menerima dua dos vaksin lengkap, manakala 40 peratus bagi orang dewasa yang menerima tiga dos suntikan vaksin.

Related posts

Leave a Comment