97.4 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 19 Dis. – Sebanyak 97.4 peratus atau 22,811,773 individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat pukul 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data melalui laman COVIDNOW, seramai 23,118,828 individu atau 98.7 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun pula, sebanyak 86.9 peratus atau 2,734,262 orang sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,832,995 orang atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 71,650 vaksin diberikan semalam membabitkan 1,230 dos pertama, 1,932 dos lengkap dan 68,488 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,803,470 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,500,495.

Related posts

Leave a Comment