Keputusan DUN Mulu ditangguh

KUCHING 19 Dis. – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N78 Mulu terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata masih terdapat dua peti undi yang belum diterima SPR selepas petugasnya terputus hubungan jalan darat dan tidak dapat menggunakan perkhidmatan helikopter atas faktor cuaca.

“Penangguhan keputusan N78 Mulu. SPR ingin memaklumkam bahawa keputusan bagi kerusi DUN terbabit tidak dapat diumumkan.

“Ini mengambil kira faktor keselamatan petugas SPR jika menaiki helikopter bagi membawa peti undi berkenaan kerana terputus hubungan menggunakan jalan darat,” katanya pada sidang media malam tadi.

Berikutan itu hanya keputusan 81 kerusi diumumkan

Related posts

Leave a Comment