Bersatu ada 563,524 keanggotaan

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Setakat ini, Bersatu merekodkan 563,524 orang anggota parti di seluruh negara, kata Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin.

Katanya, sebanyak 5,643 cawangan telah ditubuhkan di seluruh negara, berbanding 2,960 cawangan direkodkan pada tahun lalu.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan laporan ringkas pada Perhimpunan Agung Tahunan Kali Keempat parti itu yang diadakan secara fizikal di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini

Sayap bersekutu secara rasminya telah ditubuhkan mengikut perlembagaan parti dan ia diketuai Ahli Parlimen Segamat Dr Santhara Kumar.

Bagi mencerminkan keterbukaan dan pengiktirafan parti, Dr Santara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Johor, Datuk Dr Chong Fat Full dilantik menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi.

Selain itu, beliau berkata perhimpunan itu juga akan memuktamadkan cadangan pindaan perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sebuah lagi sayap baharu iaitu Srikandi Muda.

Related posts

Leave a Comment