DUN Mulu milik GPS

KUCHING 19 Dis. – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N78 Mulu yang tertangguh malam tadi, menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

Berdasarkan keputusan itu, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan, pencapaian terbesar di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak,  Abang Johari Abang Openg.

Bagi kerusi berkenaan, GPS memperoleh 3,731 undi menerusi calonnya, Gerawat Gala menewaskan tiga pencabar lain dengan majoriti 2,875 undi.

Related posts

Leave a Comment