Cuti kecemasan kakitangan awam

KLANG 19 Dis. – Semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir akan mendapat cuti kecemasan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob

Bagi  kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau ‘paid leave’ dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

“Berapa lama cuti itu, kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing. Ini termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri.

Untuk kakitangan swasta, kita minta mereka berbincang dengan majikan …saya tahu tiada peruntukan undang-undang berkaitan cuti banjir ini, namun ia boleh dilaksanakan atas sifat kemanusiaan,” katanya

Beliau melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia dan SK Teluk Gong, Klang yang menempatkan hampir 2,000 orang

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyediakan pasukan perubatan di pusat pemindahan terutama pusat pemindahan besar seperti PPS SK Telok Gong.

Related posts

Leave a Comment