Terkenang bubur lambuk BKUM

HARI ini Khamis, 14 Ramadan. Menyelak kembali kisah Ramadan D’UTUSAN, biasanya setiap Khamis sepanjang bulan Ramadan akan diadakan gotong-royong menyediakan bubur lambuk. Program anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) ini diterajui Kamsari Haji Nor atau lebih mesra dengan panggilan Wak Kam. Menjelang Ramadan khemah khas dipasang berdekatan Surau Al-Huda Utusan Melayu bagi memudahkan kerja-kerja memasak. Program ini sudah bermula sejak Utusan Melayu berada di bangunan lama di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin. Kos penyediaan bubur lambuk ini ditanggung oleh BKUM dan Surau Al-Huda yang turut membuat kutipan dalam…

Read More

Rindu suasana iftar di pejabat

PETANG begini teringat iftar di pejabat. Biasanya selepas solat Asar, sebelum sambung tugas, tinjau seketika di kafe Kak Ani, apa juadah hari ini. Sekadar ambil tahu dan bertanya khabar. Tahun ini merupakan tahun kedua tidak bersama rakan-rakan berbuka puasa di pejabat. Setelah berpuluh tahun berbuka dan bertarawih di pejabat, tahun lepas suasana itu tidak lagi dirasai setelah memilih Skim Pemisah Sukarela (VSS) pada November 2018. Saya adalah antara 708 daripada 1,523 pekerja yang memilih VSS. Selepas memilih VSS, bagi merasai suasana berbuka beramai-ramai, maka surau dan masjid menjadi pilihan. Tetapi…

Read More

Maksimumkan kuantiti, kualiti

MENYELAK kembali rencana Selak berkaitan Ramadan yang disiarkan Utusan Malaysia pada tahun 2016, ketika awal berpuasa. Tajuk tulisan Maksimumkan kuantiti, kualiti ibadah Ramadan. Penulis memperkatakan mengenai keberkatan bulan ibadat ini. Sepanjang Ramadan ini juga, janganlah sekadar menahan lapar tetapi menahan diri daripada melakukan perkara yang mengurangkan atau menghapuskan pahala. Masa terluang jangan leka dengan WhatsApp sebaliknya tatapi telefon dengan bacaan al-Quran. Kadang-kadang WhatsApp menyebabkan kita lalai lebih-lebih lagi dengan isi kandungannya yang boleh menimbulkan fitnah. Artikel penuh boleh dilihat di ARCHIVES Selak-selak.com bulan Jun 2016. Beberapa isu lain yang dibincangkan…

Read More

Berita utama : Minyak turun atau Covid-19 naik

SUATU masa dulu, setiap petang ketika masih di Utusan Malaysia, mesyuarat editorial akan diadakan sama ada sebelum atau selepas Asar. Kadang-kadang lewat, mungkin pada hari berkenaan terlalu ‘kering’ maksudnya tidak ada berita menarik. Ketua setiap meja akan membaca laporan berita utama masing-masing. Misalnya Azian akan membaca berita jenayah, Johardy ekonomi, Jailani atau Zainul sukan, Roslah atau Fikri Kota, Mus, Mowardi, Sahmsiah atau Metra luar negara dan beberapa orang lagi termasuk pengarang berita membacakan berita am. Tujuan mesyuarat untuk merancang berita utama dan kedudukannya. Begitu juga jurugambar seperti Syed Agil, Kadir,…

Read More

Menanti pementasan semula Utusan

SUATU masa dulu, pada hari ini Jumaat, setiap petang akan berlangsung Busking Bersama Buskers. Melalui inisiatif Utusan online, bergilir-gilir buskers dijemput. Sambil mempromosi penggiat seni terutama muka-muka baharu, ia juga pentas untuk menghiburkan kakitangan sambil minum petang di kafe Kak Ani. Saya jarang mengikuti persembahan ini kerana cuti hujung minggu saya adalah setiap Jumaat dan Sabtu. Kadang-kadang jika bertugas Jumaat dapatlah menyaksikan persembahan itu . Hanya ‘curi-curi’ kerana ketika itu adalah waktu sibuk di editorial. Boleh juga ikuti melalui online. Kini sudah lama setiap Jumaat, panggung ini terbiar sepi,  sama…

Read More

Semoga ‘sejarah’ Utusan tidak dilelong

UTUSAN Melayu sama ada syarikat atau surat khabar kini tinggal sejarah. Akhbar Utusan Melayu (jawi) sudah lama meninggalkan kita manakala sebagai syarikat pula sudah dikuburkan. Utusan Melayu ‘rumi’ iaitu Utusan Malaysia sudah dijual permit penerbitannya. Begitu juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo Ahad! juga sudah dijual seluruhnya. Tidak ada apa lagi yang tinggal untuk ‘Melayu’ malahan majoriti pekerja Melayu pula kehilangan kerja. Amat sedih, dalam usia 80 tahun, lebih 1,600 bekas pekerjanya bergelut dengan gaji tertunggak, pampasan pemberhentian dan bayaran VSS yang sepatutnya telah selesai. Terlalu banyak sejarah untuk diceritakan.…

Read More

Dulu kamera buru rezeki, kini…

D’UTUSAN BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL APA Khabar rakan-rakan jurufoto yang pernah bersama Utusan? Pastinya pelbagai cerita kehidupan yang sedang dilalui. Semoga semuanya tabah menghadapi dugaan ini. Syabas dan tahniah kepada para sahabat jurufoto yang melakukan pelbagai usaha untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semoga usaha dan kegigihan anda semua mendapat kejayaan. Terima kasih kepada Bernama yang menyingkap kehidupan rakan-rakan yang pernah bersama turun ke gelanggang merakamkan pelbagai detik peristiwa. Oleh Mazlan Samion KUALA LUMPUR (Bernama) — Sejak syarikat akhbar berbahasa Melayu tertua negara ini, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad menamatkan…

Read More

Semalam, terlepas peluang rakam sejarah

ANDAI Utusan Malaysia masih ada, bagaimana agaknya rupa atau wajah  muka depan hari ini? Biasanya pada hari  berlaku peristiwa besar, suasana di pejabat agak sibuk. Walaupun media rasmi sahaja ke Istana Negara, banyak lagi kerja lain perlu dilakukan oleh wartawan dan jurugambar supaya laporan berkaitan yang diterbitkan keesokannya memuaskan hati pembaca. Masih terbayang mesyuarat editorial pada sebelah petang. Selain membincangkan berita utama, mesyuarat akan melihat gambar-gambar yang dibawa oleh pegawai atau ketua unit foto yang bertugas. Sekadar beberapa nama seperti Syed Agil, Kadir Bachok, Rahman Salleh, Azalezah Malek, Azhar Mogo, Norbaini…

Read More

Utusan : Jangan abaikan ‘harta hidup’ dan ‘harta mati’

SEBELUM ini selepas penutupan Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, saya ada menulis mengenai Utusan bertajuk Milik Siapakah Khazanah Utusan? Khazanah bermaksud barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu. Paling mudah khazanah itu adalah harta. Dalam konteks Utusan, saya kategorikan harta ini ‘harta hidup’ dan ‘harta mati’. Harta hidup adalah tenaga kerja atau sumber manusia yang mempunyai pelbagai pengalaman dan kepakaran masing-masing. Sama ada wartawan, jurugambar, juruteknik, pelukis, grafik artis, eksekutif pemasaran, pengiklanan, teknologi maklumat, penyelidik dan pelbagai lagi, mereka adalah ‘harta hidup’ iaitu sumber manusia yang tiba-tiba kehilangan kerja. Lebih…

Read More