Pas hanya tanding satu kerusi

KUCHING 5 Dis. – Hanya satu kerusi ! Itu keputusan Pas sekali gus menjawab teka teki mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Calon tunggal Pas itu diletakkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro. Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu akan bertanding kurang daripada 11 kerusi, dan penyertaan pada PRN Sarawak kali ini dijadikan sebagai kayu pengukur gerak kerja parti tersebut di negeri berkenaan. Manakala Penolong Setiausaha Pas Sarawak, Syamsul…

Read More

Pas tanding berapa kerusi PRN Sarawak?

KEPALA BATAS 4 Dis. – Tunggu 6 Disember ini bagi mengetahui jumlah sebenar kerusi yang akan ditandingi Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang dijadual berlangsung 18 Disember ini. Naib Presiden Pas Senator Idris Ahmad berkata, parti itu akan tetap bertanding, namun jumlah kerusi dan siapa yang bertanding hanya akan diketahui pada hari penamaan calon Isnin ini. Pas, parti komponen Perikatan Nasional (PN) setakat ini enggan mendedahkan jumlah sebenar kerusi yang bakal ditandingi. “Nanti tengok pada 6 hari bulan, tengok Pas bertanding berapa kerusi. Tunggu hari penamaan calon,…

Read More

82 calon wakili gabungan GPS

KUCHING 4 Dis. – Berikut ialah senarai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 seperti yang diumumkan hari ini: 1. Opar – Billy Sujang (SUPP) 2. Tasik Biru – Datuk Henry Harry Jinep (PDP) 3. Tanjung Datu – Azizul Annuar Adenan (PBB) 4. Pantai Damai – Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi (PBB) 5. Demak Laut – Hazland Abang Hipni (PBB) 6. Tupong – Fazzrudin Abdul Rahman (PBB) 7. Samariang – Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (PBB) 8. Satok – Datuk Ibrahim Baki (PBB) 9.…

Read More

Tiada lambang dacing di PRN

KUCHING 4 Dis – Barisan Nasional (BN) tidak akan membenarkan mana-mana pihak menggunakan lambang dacing yang sinonim dengan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 18 Disember ini. Timbalan Pengerusinya, Mohamad Hasan, berkata BN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya terdapat parti politik atau individu menggunakan lambang berkenaan. Jelasnya, ini kerana BN secara rasmi tidak menyertai PRN Sarawak atas semangat persahabatan akrab dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak dahulu lagi. “Saya dan rakan-rakan daripada BN dan UMNO semalam sudah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri,…

Read More

PKR tanding 28 kerusi DUN Sarawak

KUCHING 4 Dis. – PKR menambah seorang lagi calon yang akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menjadikan jumlah calonnya kini 28, kata Presiden PKR,  Anwar Ibrahim. Katanya, Hapeni Fadil, akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan berikutan permintaan orang tempatan dan badan bukan kerajaan yang lain yang meminta  supaya Hapeni menjadi calon kawasan itu. Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di sini malam tadi, beliau berkata, PKR hanya meletakkan wakil di kawasan yang mempunyai jentera dan kekuatan parti. “Kita kena fokus…

Read More

GPS kemuka 24 muka baharu

KUCHING 3 Dis. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan 24 muka baharu berusia antara 30 hingga 40 tahun pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) yang akan diadakan 18 Disember ini. Ketua Menteri, Abang Johari Abang Openg, berkata semua calon muka baharu terbabit akan didedahkan dengan ‘politik ala Sarawak’ bagi melengkapkan mereka sebagai pemimpin masa depan. “Politik ala Sarawak ini memperjuangkan masyarakat berbilang kaum, agama, budaya dan keturunan. Lanskap politik Sarawak ini hanya orang Sarawak yang tahu, sebab itu kita memilih tema ‘Sarawak First’ dan ia akan didedahkan kepada calon-calon…

Read More

BN, PN tidak sertai PRN Sarawak

BARISAN Nasional (BN) dan Bersatu, komponen Perikatan Nasional (PN) tidak akan menurunkan sebarang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini. Ini kali pertama BN tidak menurunkan calon selepas pada PRN Sarawak 2016, BN Sarawak menang 72 daripada 82 kerusi yang ditandingi. Bagaimanapun, berikutan kekalahan BN dalam PRU 2018, BN Sarawak dibubarkan dan parti komponennya menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Bersatu salah satu komponen PN sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding tetapi GPS menganggap hasrat itu sudah terlambat. Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Karim…

Read More

SOP PRN Sarawak belum dimuktamad

KUCHING 24 Nov. – Garis panduan pencegahan Covid-19 bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas diteliti dan dimuktamadkan semua pihak berkaitan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh. Beliau berkata ketika ini, prosedur operasi standard (SOP) PRN Sarawak sedang dikemas kini oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak. Selain itu, beliau berkata, SPR melaksanakan beberapa penambahbaikan pada PRN-12 Sarawak termasuk memansuhkan syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang dilaksanakan sebelum…

Read More

PRN-12 Sarawak 18 Disember

KUCHING 24 Nov – Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak akan diadakan pada 18 Disember depan. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh penting PRN-12 itu, selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini hari ini. Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Disember, iaitu hari Isnin, sehingga pukul 11.59 malam 17 Disember. Kos bagi PRN Sarawak ke-12 itu dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM150 juta. Sebanyak 82…

Read More

PRN Sarawak : Bersatu sudah terlewat

KUCHING 7 Nov – Tiada ruang untuk Bersatu bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah meletakkan calon di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari setiap parti komponen. Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, sudah tidak ada ruang buat mana-mana parti daripada Semenanjung untuk bertanding dalam PRN kali ini walaupun GPS mesra Kerajaan Persekutuan. “Jika GPS bertanding disemua 82 kerusi DUN, saya tidak rasa akan ada lagi kerusi yang tinggal untuk sahabat parti kita dari semenanjung walaupun…

Read More