Tiada lambang dacing di PRN

KUCHING 4 Dis – Barisan Nasional (BN) tidak akan membenarkan mana-mana pihak menggunakan lambang dacing yang sinonim dengan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 18 Disember ini.

Timbalan Pengerusinya, Mohamad Hasan, berkata BN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya terdapat parti politik atau individu menggunakan lambang berkenaan.

Jelasnya, ini kerana BN secara rasmi tidak menyertai PRN Sarawak atas semangat persahabatan akrab dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak dahulu lagi.

“Saya dan rakan-rakan daripada BN dan UMNO semalam sudah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Abang Johari Openg bagi menyatan sokongan kepada GPS pada PRN Sarawak kali ini.

“Kami juga menyatakan secara rasmi bahawa BN tidak akan bertanding pada PRN kali ini dan tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan lambang dacing yang selama ini menjadi simbol kami,” katanya.

Related posts

Leave a Comment