36 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 5 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,574 orang, daripada 2.64 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, lapan daripada 36 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu yang terpaksa melalui proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 62,668 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 51,062 individu atau 81.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,124 orang pula ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 4,992 kes dirawat di hospital dan 490 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 221 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 269 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment