Anwar ketuai angkat sumpah 222 Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim mengetuai majlis angkat sumpah 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat bermula pukul 10 pagi ini sejurus selesai pelantikan Johari Abdul  sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sebaik sahaja Ahli Parlimen Tambun itu selesai berbuat demikian, dua Timbalan Perdana Menteri mengambil giliran didahului Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petrajaya, Fadillah Yusof.

Ini disusuli Ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Agung DAP Anthony Loke,  Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah sebelum barisan menteri dan timbalan menteri diikuti Ahli Parlimen kerajaan.

Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan bagaimanapun mengangkat sumpah dari tempat duduknya kerana tidak mampu berjalan ke tempat mengangkat sumpah selepas  menjalani pembedahan kaki kanannya minggu lalu

Selesai anggota Parlimen kerajaan, Ahli Parlimen dari blok pembangkang berbuat demikian didahului Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin.

Ini diikuti Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang.

Related posts

Leave a Comment