97 peratus dewasa lengkap dos

PUTRAJAYA 5 Dis. – Sebanyak 97 peratus atau 22,718,376 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.4 peratus atau 23,046,859 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sehingga semalam juga, sebanyak 77.9 peratus atau 25,438,880 individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala  79.2 peratus atau 25,876,761 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,720,504 individu atau 86.4 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 89.9 peratus atau 2,829,902 menerima satu dos.

Bagi dos penggalak, sebanyak 20.8 peratus atau 2,905,809 telah mendapatkan suntikan itu.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 67,701 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.03 juta dos.

Related posts

Leave a Comment