Perancis tutup kelab malam

PARIS: Menutup kelab malam dan mewajibkan pemakaian pelitup muka antara sekatan terhad  yang dikenakan Perancis untuk beberapa sektor berkuatkuasa Isnin susulan gelombang baharu Covid-19.

Perdana Menteri Jean Castex mengumumkan pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam kalangan pelajar sekolah rendah pada waktu rehat dan selepas kelas.

“Mulai Khamis, pelitup muka akan menjadi wajib di taman permainan dan kami akan mengehadkan sukan berpasukan yang melibatkan sentuhan fizikal,” katanya.

Menurut beliau, kelab malam akan ditutup selama empat minggu akan datang. berkuat kuasa pada Jumaat hingga awal Januari.

“Kami melakukan ini kerana virus itu merebak dalam kalangan orang muda, malah mereka yang telah diberi vaksin, kerana adalah sukar untuk memakai pelitup muka di tempat-tempat ini,” katanya.

Bermula 15 Disember, kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun yang mempunyai masalah kesihatan akan menerima vaksin Covid-19 dan pemberian ini akan diperluaskan kepada semua kanak-kanak di Perancis menjelang akhir tahun ini.

Perancis sebelum ini melaporkan 25 kes varian Omicron, varian yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan.

Related posts

Leave a Comment