GENEVA : Masih belum jelas sama ada Omicron yang pertama kali dikesan di selatan Afrika adalah lebih berjangkit berbanding varian lain atau jika ia menyebabkan penyakit lebih teruk, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). WHO berkata, data awal mencadangkan terdapat peningkatan pada kadar kemasukan ke hospital di Afrika Selatan tetapi ini mungkin disebabkan oleh jumlah keseluruhan orang yang terjangkit meningkat, bukannya kerana jangkitan tertentu Menurut WHO, dalam kenyataannya, untuk memahami tahap kemudaratan Omicron “akan memakan masa sehingga beberapa minggu”. Varian koronavirus Omicron menular di seluruh dunia pada Ahad (28 November…
Read MoreCategory: SEMASA
Dua PM bertemu di VTL sempadan darat
SINGAPURA 29 Nov. – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi beliau sempena pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) melalui udara dan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura. Ketibaan beliau di Woodlands Checkpoint pada pukul 10.45 pagi disambut oleh rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, sebelum kedua-dua pemimpin itu melawat VTL sempadan darat. Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor Hasni Mohammad. Ini merupakan…
Read MoreKes pertama hari pertama VTL
SHAH ALAM 29 Nov. – Satu kes positif Covid-19 dikesan pada hari pertama Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura hari ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kes positif itu dikesan pagi tadi, menerusi saringan yang dijalankan di pintu masuk Malaysia. Katanya, tindakan cepat dan pantas sedemikian penting bagi memastikan penularan jangkitan, termasuk daripada risiko varian baharu, Omicron berupaya ditangani sepenuhnya. Beliau berkata, Kementerian membuat semua keputusan bersandarkan sains, justeru kementerian tegas untuk tetap melaksanakan saringan apabila mereka tiba di pintu masuk negara. “Walaupun mereka yang masuk menerusi VTL…
Read MoreGelombang keempat akibat Omicron
PRETORIA: Afrika Selatan menjangkakan gelombang keempat jangkitan Covid-19 di negara itu susulan varian baharu Omicron, kata Presiden Cyril Ramaphosa. Ini susulan purata kes sepanjang minggu meningkat kepada 1,600 daripada 500 kes pada minggu sebelumnya. Dalam ucapan di televisyen, Ramaphosa berkata saintis negara itu telah menentukan bahawa kebanyakan peningkatan kes jangkitan adalah disebabkan oleh varian Omicron, dan bukannya jenis varian yang sedang menular. Omicron telah dikenal pasti pada awal minggu ini oleh penyelidik di Afrika Selatan, dan telah mencetuskan amaran global baharu. “Para saintis kami di Afrika Selatan dan di dunia…
Read MoreKadar kebolehjangkitan kekal 0.96
PUTRAJAYA 29 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught kekal pada kadar 0.96 semalam sama seperti pada hari sebelumnya. Hanya satu negeri iaitu Sarawak merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan iaitu 0.78 sementara yang lain menyamai atau melepasi 0.96. Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.12 diikuti Kedah 1.02, Pahang 1.01, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.00, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.00, Selangor 1.00 dan Perak 0.99. Lima negeri iaitu Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Melaka masing-maaing merekodkan 0.98 manakala Terengganu dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan 0.96. Kadar kebolehjangkitan terendah…
Read MoreKes baharu Singapura di bawah 1,000
SINGAPURA 29 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 747 kes baharu Covid-19 di Singapura sehingga tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 262,383 kes. Pada masa yang sama, 11 lagi meninggal dunia yang membawa kepada 701 kematian. Menurut MoH, sebanyak 719 kes dalam masyarakat dilaporkan serta tiga kes import dan 25 kes di asrama pekerja asing. Bagi kes kematian pula, individu terlibat adalah mereka yang berusia antara 67-98 tahun dan kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. Sementara itu, seramai 1,147 pesakit masih dirawat di hospital di mana 210 memerlukan…
Read MoreBerita pilihan…
29 kematian baharu Covid-19
PUTRAJAYA 29 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan 29 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 30,309 orang daripada lebih 2.61 juta kes positif di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada 29 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 66,455 kes aktif…
Read More25.36 juta individu lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 29 Nov. – Sebanyak 77.7 peratus atau 25.36 juta individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam manakala 79.1 peratus atau 25.82 juta menerima sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 22.65 juta individu atau 96.8 peratus daripada populasi dewasa p menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sementara 98.3 peratus atau 23 juta telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2.7 juta individu atau 85.9 peratus telah melengkapkan dua dos. Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan…
Read More14 kes baharu Covid-19 di Saudi
RIYADH 28 Nov. – Arab Saudi merekodkan 14 kes baharu Covid-19 yang menyaksikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 549,695. Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 8,833 kematian. Sebanyak 48 lagi pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 538,856 orang. Dalam kalangan kes aktif itu,, sebanyak 44 dalam keadaan kritikal. Sementara Itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penggantungan penerbangan keluar masuk melibatkan Malawi, Zambia, Madagascar, Angola, Seychelles, Mauritius, dan Comoros.
Read More