Kes baharu Singapura di bawah 1,000

SINGAPURA 29 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 747 kes baharu Covid-19 di Singapura sehingga tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 262,383 kes.

Pada masa yang sama, 11 lagi meninggal dunia yang membawa kepada 701 kematian.

Menurut MoH, sebanyak 719 kes dalam masyarakat dilaporkan serta tiga kes import dan 25 kes di asrama pekerja asing.

Bagi kes kematian pula, individu terlibat adalah mereka yang berusia antara 67-98 tahun dan kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada.

Sementara itu, seramai 1,147 pesakit masih dirawat di hospital di mana 210 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 27 tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 55 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Berkaitan program vaksinasi, sebanyak 85 peratus lengkap dua dos vaksin manakala 86 peratus menerima satu dos dan 25 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment