25.36 juta individu lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 29 Nov. – Sebanyak 77.7 peratus atau 25.36 juta individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam manakala 79.1 peratus atau 25.82 juta menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 22.65 juta individu atau 96.8 peratus daripada populasi dewasa p menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sementara 98.3 peratus atau 23 juta telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.7 juta individu atau 85.9 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 42,010 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53.23 juta dos.

Related posts

Leave a Comment