29 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 29 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan 29 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 30,309 orang daripada lebih 2.61 juta kes positif di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada 29 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 66,455 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 54,695 individu atau 82.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,550 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,699 kes dirawat di hospital dan 511 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 250 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 261 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment