PUTRAJAYA 27 Julai – “Silakan, kita terbuka. Ini proses yang betul,..” itu reaksi Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung usul undi tidak percaya terhadapnya.
Beliau menyatakan kesediaannya untuk berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya oleh pihak pembangkang seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, semalam.
Ada cadangan (oleh) Datuk Seri Hamzah Zainudin nak bawa undi tidak percaya.
“Silakan, kita terbuka. Ini proses yang betul, dia (mahu) bawa, sila bawa. Dia kata nak bawa dah tiga tahun,” katanya kepada pemberita hari ini.
Perdana Menteri, berkata perkara itu sudah tiga tahun disebut-sebut untuk dibawa ke Parlimen.
Beliau ditemui selepas menyampaikan amanat pada program Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Semalam, Perikatan Nasional (PN) dilaporkan memberi bayangan akan menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Hamzah dilaporkan berkata, usul itu akan dipertimbang untuk dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul dalam masa terdekat.
“Tak apa, tunggulah. Kita akan lakukan nanti. Takkan kita nak sebut (bila akan hantar usul berkenaan,” kata Hamzah ketika ditemui pemberita pada Himpunan Pembangkang di Dataran Merdeka.
Hamzah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri pada Isnin lalu, tidak gentar bahkan bersedia berdepan jika pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen.
Nnnj
